berita

Ibu Michael Jackson Kehilangan Hak Penjagaan Cucu

July 27th, 2012 | by Ai
Hollywood

Mahkamah Los Angeles telah menyerahkan hak penjagaan ketiga-tiga anak Michael Jackson kepada sepupu mereka, Tito Jackson Jr ekoran insiden “pergelutan kecil” yang berlaku di rumah keluarga Jackson baru-baru ini.

Sebelum ini hak penjagaan anak-anak  Michael Jackson telah diserahkan kepada ibunya, akan tetapi setelah berlakunya insiden “kehilangan” Katherine sabtu lalu telah membimbangkan Hakim Mitchell Beckloff sehingga membuat keputusan untuk melucutkan hak penjagaan tersebut.

Oleh itu, kini hak penjagaan ketiga-tiga anak Michael Jackson, telah berpindah tangan dan pihak mahkamah juga mengarahkan agar anak-anak Michael Jackson tidak boleh dibuang dari California. Namun begitu, menurut Associated Press, pihak mahkamah tidak mempunyai bukti bahawa Katherine bersalah dalam hal pergelutan keluarga Jackson, malah beliau akan mendapatkan hak penjagaan semula cucu-cucunya  setelah beliau kembali ke rumah.

Sumber : Sinar Harian

SKIP THIS AD ×