berita

Ibu Minta Bantuan Polis, Menyesal Tak Sudah Jual Bayi Semata Ingin Langsai Hutang

July 25th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Foto: Kompas.com

Seorang ibu menyesal selepas mengambil jalan singkat untuk melangsaikan segala hutang piutang dengan menjual bayinya menerusi laman Facebook.

Artikel Berkaitan: Isteri Iklan & Jual Bayi Di Facebook, Suami Pula Sangka Diculik

Dijual dengan harga RM9k

Foto: Detik News

Memetik laporan Detik News, wanita yang dikenali sebagai HI, 29, itu pada awalnya menawarkan bayinya untuk dijadikan sebagai seorang anak angkat.

Melihat hantaran dimuat naiknya itu, seorang wanita yang dikenali sebagai AP kemudiannya menghantar mesej dan meluahkan keinginannya untuk menjadikan anak HI sebagai anak angkat.

HI kemudiannya bertindak menjual bayinya yang berusia 14 hari itu dengan harga 30 juta rupiah (RM9,095) ketika mereka berdua berjumpa di sebuah hotel yang terletak di Semarang pada 11 Julai lalu.

Sehinggalah satu hari, suami kepada HI bertanyakan keberadaan anak keempat mereka itu.

Menyesal dengan perbuatannya itu, HI dan suaminya bertindak menghubungi AP namun sayang nombor telefonnya sudah pun disekat.

Pasangan suami isteri itu berusaha mencari AP di hotel tempat mereka bertemu namun gagal untuk menemui sebarang petunjuk sebelum bertindak melaporkan perkara tersebut kepada pihak polis.

Polis kemudiannya berjaya menjejaki AP serta bayi tersebut dan kini kedua-dua wanita itu ditahan bagi membantu siasatan.

Sumber: Detik News

SKIP THIS AD ×