

Polemik antara keluarga usahawan, Rozita Ibrahim dan pelakon Datin Rebecca Nur Al-Islam masih menjadi bualan hangat wargamaya dalam media sosial.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Bonda Dah Maklumkan Tidak Mahu Gambar Dimuat Naik Di Media Sosial’ – Aliff Syukri
Artikel Berkaitan: ‘Dalam Nikah & Cerai, Kamu Ke Depan Nak Selamatkan Mak’ – Rozita Ibrahim
Nasihat ibu

Dikala nama Rebecca teruk dikecam, aktres itu sempat berkongsi momen bersama ibunya sementara menunggu waktu untuk menunaikan solat.
Menerusi hantaran di Instagram Story, Rebecca memberitahu ibunya ada menitipkan pesanan supaya tidak bersedih dan membiarkan sahaja orang luar membuat andaian.
Sementara menunggu untuk solat, mama pesan, adik jangan sedih. Biarkan dunia kecam kita, Allah ada. Jangan tengok berita-berita itu.
Pada perkongsian sama, Rebecca berkata dia berasa yakin dirinya seorang yang kuat untuk menempuh dugaan fitnah di dunia.
Mamaku, tak apa. Insya-Allah anak mu kuat menempuhi dugaan fitnah dunia.
Konflik antara keluarga Rozita dan Rebecca tercetus apabila aktres itu didakwa melebih-lebih dalam menghebahkan perkahwinan abangnya dengan usahawan tersebut.
Malah, menjadi lebih kecoh apabila menantu kepada Rozita, Datin Seri Shahida turut meluahkan rasa kurang senang terhadap tindakan Rebecca yang disifatkan sebagai lebih sudu dari kuah.
Selain itu, anak Rozita iaitu Maryam Nur Imani juga bersuara mempertahankan Shahida.
Sumber: Instagram








![[VIDEO] Khairul Aming Jaga Keberkatan Perniagaan – ‘Jangan Guna Kejatuhan Orang Lain Untuk Naikkan Sales Kita’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/khairul-aming.jpg)