
Pelakon, Puteri Balqis mendedahkan ibunya, Norashikin Mohd. Aziz sekali lagi diuji dengan masalah kesihatan apabila ketumbuhan cyst yang dihadapinya kembali menyerang buat kali kedua dalam tempoh hanya dua bulan.
Artikel Berkaitan: ‘Dia Sudah Tersandar Dengan Darah Yang Banyak, Saya Cakap.. Bertahan, Jangan Mati’ – Ibu Puteri Balqis
Artikel Berkaitan: ’Waktu Orang Cakap Saya Adalah Penagih Dadah, Saya Ulang-Alik Neurologi HKL’ – Ibu Puteri Balqis
Cyst
Bimbang dengan keadaan kesihatan ibunya, Puteri Balqis atau lebih mesra disapa Aqish, 19, berkata ketumbuhan cyst yang dialami ibunya semakin membesar sehingga menyukarkan pergerakannya.
Ibu Aqish kena cyst lagi dalam tempoh dua bulan. Hari ketiga tak boleh jalan langsung.
Cyst dah besar separuh epal.
Aqish mengakui perubahan yang berlaku itu membuatkan dirinya berasa sunyi dan berharap mereka yang pernah melalui pengalaman sama dapat berkongsi pandangan serta tip untuk berdepan situasi berkenaan.
Baru sahaja kami bawa dia jalan-jalan, gembira tengok dia gelak.
Ni dah sakit semula. Sunyi balik bila balik rumah.
Dalam pada itu, Aqish turut mendedahkan ibunya mengalami gangguan Post-Traumatic Stress Disorder (PTSD) seminggu sebelum diserang cyst.
Aqish turut menzahirkan rasa syukur atas pengorbanan bapa tirinya yang tidak pernah lelah menjaga dan menguruskan ibunya sepanjang berdepan ujian kesihatan.
Sumber: Instagram







![[VIDEO] Anak 1 Tahun 6 Bulan Ditinggalkan Sendiri, Ayah Pantau Guna CCTV Ketika Bekerja](https://asset.ohbulan.com/2026/07/anak-2-tahun.jpg)
