
Hantaran terbaharu ibu kepada Dr Afifah iaitu Dr Zailah Zainudin di media sosial menyorot perhatian orang ramai.
Artikel Berkaitan: Dr Fie Beli Kereta Proton e.Mas 7, Catatan Ibu Raih Perhatian – ‘Lepaskan Apa Yang Telah Pergi, Yang Lebih Baik Menanti’
Artikel Berkaitan: ‘Kifarah Itu Wujud’ – Dr. Fie Dakwa Nubhan Makin Lantang, Wujud Akaun Palsu ‘Backup’ Diri?
Perkongsian ibu

Menerusi perkongsian di Threads, Dr Zailah menyatakan dia sentiasa berada di sisi sebagai sumber kekuatan utama kepada anaknya yang berdepan fasa sukar selepas perceraian.
Katanya, kehadirannya di mahkamah baru-baru ini menemani anaknya bukan tanda gentar sebaliknya lambang kasih dan sayang.
Ibu meneman bukan kamu gentar, tapi tanda ibu ada dikala sukar.
Dulu kamu sentiasa mengharap, kini langkahmu semakin tegap. Teruslah berdiri, doa ibu sentiasa mengiringi.
Mengulas lanjut, Dr Zailah berkata perjuangan wanita selepas perceraian bukanlah soal dendam atau konflik peribadi.
Perjuangan wanita selepas perceraian bukan soal dendam, tetapi soal hak, maruah, dan masa depan.
Mudah-mudahan anakanda istiqamah dan dikurniai kekuatan, in-sha Allah.
Untuk info, Afifah, 35, sah bercerai dengan penyanyi, Nubhan, 39, pada 2 Disember lalu.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015 dan hidup bersama selama 10 tahun. Mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, 8, Ahmad Aaffan, 6, serta Afzan Nayille, 3.
Sumber: Threads








