Gambar sekadar hiasan
Seorang wanita ditahan pada Rabu kerana didakwa membunuh dua bayinya yang baru lahir serta menyimpan mayat mereka di dalam peti sejuk di kediamannya.
Artikel Berkaitan: Sorok Mayat Bayi Dalam Peti Sejuk, Hukuman Penjara 6 Tahun Pengasuh Adam Rayqal Kekal
Artikel Berkaitan: Anak Letak Mayat Ayah Dalam Peti Sejuk Beku Untuk Jadi ‘Teman’ Borak
Cekik bayi sampai mati
Gambar sekadar hiasan
Wanita berusia 30-an itu didakwa mencekik dua bayinya sehingga mati sejurus selepas melahirkan mereka iaitu pada November 2018 dan pada November 2019. Kemudian dia bertindak menyimpan mayat anak-anaknya itu di dalam peti sejuk di apartmennya iaitu di Suwon, Seoul di Korea Selatan.
Kes tersebut terbongkar apabila pihak polis menerima laporan daripada Lembaga Audit dan Pemeriksaan Kerajaan mengenai kelahiran bayi tersebut namun mendapati kelahiran tidak pernah didaftarkan.
Menurut pihak polis, dia melahirkan kedua-dua bayi tersebut di hospital tetapi membunuh salah seorang bayinya di rumah manakala seorang lagi dibunuh berdekataan hospital sehari selepas melahirkan mereka.
Ketika disoal siasat, wanita itu mengaku membunuh anak-anaknya kerana berdepan dengan kesempitan ekonomi keluarga memandangkan dia perlu membesarkan tiga lagi anaknya.
Dalam pada itu, dia juga didapati membohongi suaminya dengan mengatakan bahawa kandungan tersebut telah digugurkan. Suaminya juga mendakwa dia sedar tentang kehamilan isterinya namun tidak tahu tentang pembunuhan kejam tersebut.
Susulan itu, polis telah mengeluarkan waran tangkap terhadap wanita berkenaan dan akan menjalankan bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian dua bayi tersebut.
Sumber: The Korea Times