Foto: New York Post
Seorang lelaki di Belanda mengaku menyimpan mayat bapanya selama lebih setahun di dalam peti sejuk beku dengan alasan supaya dia boleh terus ‘bercakap’ dengannya.
Artikel Berkaitan: Yakin Anak Hidup Kembali, Suami Isteri Simpan Jenazah Anak Lebih 2 Bulan Di Rumah
Tidak mahu kehilangan bapa
Foto: New York Post
Memetik laporan New York Post, tindakan lelaki itu terbongkar sekitar seminggu yang lalu selepas doktor yang merawat bapanya membuat laporan kepada pihak berkuasa kerana musykil akan ketidakhadirannya untuk membuat rawatan.
Hasil siasatan, pihak berkuasa mendapati suspek yang berusia 82 tahun itu telah menyimpan mayat bapanya di dalam peti sejuk beku rumah mereka dan didapati bapanya telah pun meninggal dunia kira-kira 18 bulan yang lalu pada usia 101 tahun.
Ketika ditanya, dia memaklumkan tindakannya itu adalah kerana tidak mahu kehilangan bapa tercintanya.
Saya tidak mahu kehilangan bapa saya. Jika tidak saya akan merinduinya.
Dalam pada itu, pihak polis mengesahkan bahawa mereka tidak mengesyaki sebarang perbuatan jahat yang terlibat dalam kematian warga emas itu.
Pihak polis kini sedang cuba untuk menentukan masa dan cara kematian warga emas itu dengan lebih tepat.
Sumber: New York Post