Seorang ibu tunggal mendedahkan dirinya kini berada di dalam keadaan dilema selepas menjalinkan hubungan percintaan dengan lelaki berstatus suami orang.

Artikel Berkaitan: Zara Zya Kongsi Kisah Lucu, Makan Asam Thai ‘Expired’ Dengan Artis & Kru Di Set Penggambaran

Artikel Berkaitan: ‘Jumpa Pun Baru Sekali, Saya Tiada Hubungan Peribadi Dengan Individu Yang Digosipkan’ – Zara Zya

Jangan jadi penyondol

View on Threads

Menerusi hantaran di Threads, wanita itu berkata mereka sedang merancang untuk mendirikan rumah tangga, namun dia berasa kurang senang apabila lelaki tersebut banyak menghabiskan masa dengan isterinya yang sedang hamil.

Saya ibu tunggal anak dua. Dua tahun bercinta dengan suami orang dan sudah merancang untuk berkahwin pada tahun 2028.

Dia kini sedang menanti kelahiran anak pada bulan hadapan. Dia seorang bapa dan suami yang baik, tak pernah memburukkan isteri dan sangat bertanggungjawab.

Sejak kebelakangan ini, dia sibuk dengan isterinya dan saya mula rasa terabai. Saya rasa tak adil.

Pada awalnya dia berjanji cuba untuk adil sebab kami rancang nak berkahwin. Isterinya tidak tahu langsung kewujudan saya.

Menurut wanita itu, kasih sayang antara anak-anaknya dengan lelaki tersebut juga sudah mula terjalin, bagaimanapun ibunya melarang untuk meneruskan hubungan mereka.

Dia baik dengan saya, jaga anak-anak macam anak-anak sendiri. Anak-anak pun dah sayang dia macam ayah sendiri.

Ibu bapa saya pun dia dah jumpa. Ibu pernah tanya, ‘itu suami orang ke? Kalau suami orang tak payah la.’ Saya diam, tidak menafikan atau mengiyakan.

Jiwa saya meronta, tak kuat nak masuk ke alam poligami. Saya sendiri lemah, tapi cuba kuat sebab terlalu cintakan dia.

Wanita berkenaan kemudian bertindak untuk mencari pengganti, namun mengakui masih mencintai lelaki tersebut.

Ada seorang duda yang serius nak jadikan saya isteri dia. Tapi hati masih pada suami orang ini dan saya dah banyak kali cuba putuskan hubungan dengannya.

Dia pernah cakap, masa saya susah dia yang datang hulurkan tangan tapi bila boleh berdiri sendiri, saya nak tinggalkan dia pula. Saya jadi serba salah.

Respon Zara Zya

Terkesan dengan pengakuan wanita itu, pelakon Zara Zya tampil memberikan respon di ruangan komen ciapan tersebut.

Zara menasihati wanita terbabit supaya tidak lagi mengganggu bahtera perkahwinan yang telah dibina oleh lelaki itu dan isterinya.

Ada baiknya pada bulan mulia ini, doa banyak-banyak.

Jangan jadi penyondol.

Sumber: Threads