berita

Ibu Wak Doyok ‘Reject’ Calon Menantu Status Janda, Kena Cari Anak Dara

May 27th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Pelakon dan usahawan Wak Doyok masih berstatus solo biarpun umurnya sudah memasuki 43 tahun. Tidak terburu-buru mencari jodoh, Wak berserah pada perancangan Allah SWT.

Tak nak menantu janda

@majalahnona Wak Doyok anak manja rupanya! Sayang betul si emak walaupun usia Wak dah 42 tahun. Tapi berkatnya harta @wakdoyok8055 sebab bahagiakan emak, tengoklah banglo mewah gaya vintaj ni, macam muzium Inggeris! #fyp #foryou #fyp? #fypmalaysia #fashion #mother #wakdoyok #gayadirumah ? original sound – NONA

Menerusi video pendek di TikTok @majalahnona, Wak bersama ibu tercinta dilihat sedang ditemu bual mengenai perihal calon isteri.

Kata ibu Wak, calon menantu pilihan dia adalah anak dara. Tegas wanita berumur 76 tahun ini, dia menolak sekiranya bakal isteri anak lelakinya itu merupakan seorang janda.

Cari yang anak dara. Janda makcik tak nak! Kalau jodoh dia tetap makcik tak nak!

Ketawa dengar jawapan ibunya, Wak atau nama sebenarnya Mohd Azwan Md Nor menyifatkan soal jodoh susah untuk diperkatakan kerana itu rahsia Allah.

Bukan makcik yang nak kahwin tapi saya nak kahwin. Tapi susah kan? Kalau jodoh kita tak tahu.

Nak isteri & ibu tinggal sekali

Ketika ditemui OhBulan!, ikon fesyen Malaysia ini menyatakan ibunya adalah kunci kejayaan dan rezeki dalam kehidupan.

Bercerita mengenai ciri-ciri wanita pilihan, syarat utama adalah untuk tinggal bersama dengan mentua selepas berkahwin.

Kalau ada yang nak jadi isteri saya akan interview dahulu. Boleh atau tidak tinggal bersama ibu saya? Jika tidak saya akan kata good bye!

Ibu adalah kunci kepada pintu rezeki dan kebahagiaan. Saya korbankan masa untuk mencari cinta demi memberi tumpuan kepada ibu memandang usia dia juga semakin maningkat.

Sumber: TikTok @majalahnona

SKIP THIS AD ×