berita

‘Idea Siapa Lumba Basikal Tengah Bandar Ni?’ – Hattan Terperangkap 2 Jam Atas Jalan Raya

October 12th, 2022 | by Wani
Kini Trending

Di Instagram, penyanyi otai, Dato’ Hattan, meluahkan rasa ‘marah’ sebaik sahaja terperangkap atas jalan raya disebabkan penutupan jalan di sekitar Jalan Ampang dan Jalan P Ramlee. Difahamkan, jalan tersebut ditutup sempena penganjuran Le Tour De Langkawi edisi ke-26.

Artikel Berkaitan: Hattan Tak Mahu Penyingkiran Di Minggu Ke-3 ‘Terpaling Juara’, Ifa Raziah & Hazami Mara Ke Minggu Seterusnya 

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Ning Baizura Penyanyi Yang Bagus, Saya Simpati Dengan Dia’ – Hattan 

Artikel Berkaitan: ‘Kalau Ya Pun Kejar Rating, Tak Payah Buat Benda Bangang!’ – Hattan 

Terperangkap atas jalan raya

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hattan (@dato_hattan)

Menurut Dato Hattan, 58, dia sudah berada di dalam kereta selama 2 jam berikutan penutupan jalan tersebut. Hal itu, membuatkan dirinya berasa tidak selesa. Tambah Hattan, dia tidak dapat berfikir sekiranya ingin ‘membuang air’ tatkala berdepan situasi macam ini.

Saya dari bulatan Kampung Pandan nak ke bangunan Tabung haji tapi dah nak dekat 2 jam. Pasal apa? Sebab jalan tutup, lumba basikal. Siapa punya idealah berlumba dekat tengah bandar Kuala Lumpur ni.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis meminta Hattan supaya bersabar. Tambah netizen, penutupan jalan raya tersebut telah dimaklumkan lebih awal kepada para pengguna jalan berkenaan. Seperti yang dimaklumkan, beberapa jalan seperti Jalan Ampang akan ditutup mulai 10 pagi hingga 6 petang dan Jalan P Ramlee akan ditutup bermula 3 petang hingga 5 petang.

Sumber: Dato’ Hattan

SKIP THIS AD ×