

Lama tidak muncul dalam mana-mana naskhah, aktor, Idris Khan menafikan dirinya sudah berhenti berlakon.
Artikel Berkaitan: Miliki Wajah Seiras, Netizen Teka Idris Khan & Ali Reza Kembar – ‘Sama Lah!’
Artikel Berkaitan: ‘Saya Bukan Suami Orang’ – Idris Khan Nafi Sudah Berkahwin
Selektif

Idris atau nama lengkap Muhammad Idris Abdul Ghaffar Iskandar Khan, 36, sebaliknya berkata, dia lebih selektif dalam memilih karya yang ingin dibintangi.
Saya belum berhenti berlakon, tetapi saya jenis yang memilih dan menanti skrip yang bagus.
Saya ada menolak beberapa tawaran lakonan disebabkan skrip naskhah tersebut kurang menarik.
Adakala bila dapat skrip yang bagus, jadual pula tidak kena, bertembung dengan urusan bisnes saya.
Dalam pada itu, Idris memberitahu dia tidak gemar untuk melakonkan watak yang sama berulang kali.
Saya juga kurang suka buat cerita yang plotnya sama sahaja, nanti penonton akan bosan. Kalau saya asyik ambil watak sama, nanti lakonan saya tidak berkembang.
Berkongsi lanjut, Idris tidak menafikan ada beberapa peminat yang merindukannya untuk muncul di kaca televisyen.
Ada ramai juga peminat yang mesej dan cakap rindu mahu tengok saya kembali berlakon. Peminat sendiri pun ada bertanya perkara itu.
Ada juga pihak stesen TV yang hubungi dan tawarkan saya berlakon, tetapi saya terpaksa tolak bila skrip tak kena.








