Selebriti versatil Ifa Raziah tampil memberi penjelasan tentang dakwaan perbuatannya bergelek sewaktu membuat persembahan dalam sebuah majlis akikah baru-baru ini yang mendapat kecaman.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sakan Bergelek Di Majlis Akikah, Ifa Raziah Undang Kecaman Netizen – ‘Sepatutnya Pasang Lagu Nasyid & Marhaban’
Kena berdiri tegak ke?
Ketika ditemui OhBulan!, Ifa menegaskan dia menyanyi dan menari ketika majlis ulang tahun perkahwinan yang diadakan pada hari sama.
Katanya, majlis akikah telah diadakan pada awal majlis iaitu pada waktu maghrib hingga isyak.
Akikah pada awal majlis, ketika maghrib hingga isyak. Selesai akikah acara ulang tahun perkahwinan pula. Saya bergelek selepas persembahan penyanyi Liza Hanim.
Lagi pun saya penyanyi dangdut. Nak nyanyi dangdut kena berdiri tegak ke? Selama 27 tahun menjadi penyanyi, gelek saya itu yang beri saya makan. Kalau saya tak bergelek siapa nak panggil saya buat persembahan
Ifa berkata demikian ketika majlis sidang media program baharu TV3, Terpaling Juara yang diadakan di Petaling Jaya Performing Arts Centre, One Utama, pada Khamis.
Jawab dakwaan dia tidak menghormati majlis, pelakon berumur 46 tahun itu, berkata, ahli agama (ustaz) sudah pun pulang malah tuan rumah sendiri sudah menukar kepada busana yang lebih ‘menyerlah.’
Ustaz-ustaz semua dan balik. Tuan rumah sendiri tukar baju sehingga dua kali. Ketika akikah pakai baju putih. Majlis ulang tahun perkahwinan baju merah jambu.
Lainlah kalau saya ustazah kemudian saya bergelek. Bolehlah netizen kecam saya.
Cara saya cari makan
Dalam pada itu, Ifa atau nama sebenarnya Saripah Raziah Mustaph menganggap tidak perlu timbul isu besar memandangkan dia hanya menjalankan tugas sebagai penyanyi dangdut malah dibayar RM20,000.
Apa masalahnya sekarang? Orang bayar saya berpuluh-puluh ribu untuk menyanyi. Ini cara saya cari makan. Bukannya saya berkelakuan tidak senonoh dan keterlaluan.
Dalam Instagram saya ada video penuh. Anda nilailah sendiri. Netizen tidak tahu apa-apa kemudian timbul salah faham.
Sumber: Instagram @ifa_raziah