Selebriti, Ifa Raziah merangkap Pengarah Urusan dan Pengasas Star Vendors Event Sdn Bhd mendedahkan bakal menggayakan busana yang dipenuhi emas dalam acara yang dianjurkannya nanti.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ifa Raziah Dapat Hadiah Istimewa Dari Suami, Set Barangan Kemas RM100,000
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Nak Masuk Syurga’ – Ifa Raziah Menangis Jumpa Ustazah Asma’ Harun
Kejutan
Memetik laporan Media Hiburan, penyanyi berusia 48 tahun ini, menjelaskan hal tersebut merupakan satu kejutan dan enggan mengulas lanjut kerana perkara itu masih dalam perancangan.
Nanti tunggu, saya punya baju penuh dengan emas asli. Biarlah menjadi kejutan pada hari kejadian.
Saya tak boleh nak kongsikan lagi hari apa dan bila. Kalian harus datang. Bila sudah jadi, barulah rakan media boleh temu bual lagi.
Menurut Ifa atau nama sebenarnya Datuk Saripah Raziah Mustapha menjelaskan pasukannya akan lebih komited dan serius pada acara Starvendors kali ini. Perkara ini bagi merealisasikan impian agar acara berkenaan dapat mencapai rekod dunia.
Proses untuk menjadikan Starvendors tercatat dalam rekod dunia sedang dalam proses perbincangan dan hampir menjadi kenyataan. In Shaa Allah, doa-doakan semoga harapan ini akan menjadi kenyataan.
Wakil mereka akan hadir ke acara Star Vendor KLCC Mega Raya Fest 2023 ini dahulu untuk memastikan ia betul-betul berlangsung selama 100 jam.
Tak gentar persaingan
Bukan itu sahaja, usahawan ini juga mengulas dirinya tidak terlalu memikirkan festival yang yang turut diadakan pada tarikh sama sebaliknya mahu fokus memastikan acara ini berlangsung dengan jayanya.
Saya tidak takut dengan persaingan memandangkan kami di Starvendors sentiasa nombor satu dan pilihan orang ramai.
Malah, soal persaingan ini pun satu hal yang positif dan sihat. Jadi buat apa kita perlu ada rasa takut atau iri hati. Kita sama-sama dalam bidang ini patut meraikannya dan fokus pada perniagaan masing-masing.
Sumber: Media Hiburan