berita

Ikan Keli Kesayangan Dimasak Ibu, Kanak-Kanak Kecil Meronta Tak Puas Hati

July 5th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Tular sebuah video lucu di media sosial dipercayai berlaku di Indonesia, memaparkan seorang kanak-kanak lelaki menangis teresak-esak selepas mengetahui ikan keli goreng yang dimakannya merupakan ikan peliharaannya yang sudah mati.

Menerusi video tersebut dapat dilihat sebuah pinggan yang berisi nasi dan setengah ekor ikan keli yang dihidangkan kepada kanak-kanak kecil ini.

Nangis makan ikan keli

Difahamkan video tersebut telah dikongsi di laman Instagram @underc0ver.id, dan apa yang mencuri perhatian apabila kanak-kanak ini menangis susulan mendapati lauk yang dimakannya merupakan seekor ikan keli. Ujar perakam video tersebut, ikan keli miliknya sudah mati sebelum ibunya bertindak menggoreng untuk dijadikan lauk.

Susulan mendengar penjelasan tersebut, kanak-kanak ini menangis dan mahu melihat kubur ikan keli peliharaannya dan sama sekali tidak mahu makan setelah mengetahui perkara sebenar.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut terhibur dengan telatah kanak-kanak ini dan memintanya supaya bersabar dengan ‘pemergian’ ikan tersebut.

Kesiannya.

Ikan tu dah selamat dalam perut kamu.

Macam mana nanti kehilangan kekasih.

Sumber: @underc0ver.id.

SKIP THIS AD ×