
Pelakon, Ikmal Amry mengimbau kembali detik hitam dalam hidup apabila pernah beberapa kali menjadi mangsa cabul sewaktu zaman kanak-kanak.
Artikel Berkaitan: Ikmal Amry Kenang Jasa Baik Aedy Ashraf – ‘Aku Menangis, Dia Selit RM50 Bawah Dompet’
Mangsa cabul
Menerusi pendedahan dalam podcast Sembang Seram, Ikmal, 32, berkata kejadian pertama berlaku ketika dia berusia tujuh tahun dan pelaku tersebut merupakan pekerja bapanya.
Sewaktu kejadian berlaku, umur saya darjah satu, ayah ada bawa pekerja dari Indonesia dan kami tidur dalam satu bilik yang sama.
Malam-malam, saya akan dicabul dengan seorang pekerja itu. Setiap hari, setiap malam. Saya sedar dia nak cium, pegang-pegang saya.
Malam pertama, saya ingat dia pegang itu perkara biasa sebab sayang dan saya anggap seperti orang tua sayang budak kecil, lama-lama rasa pelik.
Dia pusingkan muka saya, dia nak cium dan mahu pegang bawah (kemaluan). Selepas daripada kejadian itu saya tukar tempat tidur. Tidak tidur satu tempat dengan dia.
Tidak terhenti di situ, Ikmal memberitahu dia juga berdepan situasi sama apabila pernah menjadi mangsa cabul ketika menuntut di sebuah sekolah berasrama.
Ada lagi satu kejadian sewaktu saya sekolah di asrama. Kawan baik saya sendiri yang lakukan perkara tersebut. Ada satu hari kawan bagitahu yang ada seorang kawan lain akan cabul saya setiap hari, tapi saya tidak sedar.
Dia buka seluar, dia pegang dan dia akan berlalu pergi. Perkara itu buat saya tertekan sehingga alami tekanan sebab orang tuduh saya gay di sekolah. Bila beritahu dengan ustaz, ustaz beritahu yang saya kena hasut jin sebab mental.
Sumber: Sembang Seram