
Personaliti media sosial, Maryam Younarae menyifatkan Islam sebagai antara anugerah terbesar di dalam hidupnya kerana yakin terhadap pertolongan daripada Allah SWT.
Artikel Berkaitan: Maryam Syukur Pengalaman Jadi Duta Tudung Bawa Perubahan Positif – ‘Semoga Peluang Yang Sama Menjadi Sesuatu Yang Baik’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Maryam Kongsi Keadaan Anak Selepas Terjatuh Dari Katil – ‘Alhamdulillah, Rian Dalam Keadaan Baik’
Maryam bersyukur

Menerusi hantaran di Threads, Maryam berkongsi perbualan ringkas bersama rakannya dari Korea Selatan mengenai kepercayaan sebagai seorang Muslim.
Borak dengan kawan dari Korea, tiba-tiba dia tanya, ‘Sekarang awak memang betul-betul percaya Islam?” Saya terus jawab, “Yes.”
Menurut Maryam, dia percaya bahawa Allah SWT akan sentiasa membantu hambaNya dalam menjalani setiap fasa kehidupan.
Jelas Maryam lagi, keputusan untuk terus berpegang teguh kepada Islam bukanlah kerana dipengaruhi orang, sebaliknya lahir daripada keinginan sendiri.
Bila saya fikir balik, terlalu banyak benda dalam hidup saya yang saya rasa tak mungkin jadi kalau tanpa pertolongan Allah. Sebab itu saya percaya Allah sentiasa ada.
Dan sebab tu saya ikut Islam. Bukan sebab orang suruh, tapi sebab saya nak hidup dengan rasa syukur atas semua nikmat yang Allah dah bagi.
Dalam masa yang sama, ibu kepada dua orang anak ini turut meluahkan rasa syukur kerana dikelilingi sahabat-sahabat yang memahami dirinya.
Yang paling saya bersyukur hari tu adalah kawan-kawan saya yang betul-betul nak memahami kehidupan saya sekarang.
Sumber: Threads








