berita

Ikut Ritual Ikrar “Fraternity”, Pelajar Universiti Ditemui Maut

January 31st, 2023 | by Wahidah Othman
Kini Trending

Seorang pelajar yang menuntut di sebuah universiti di Amerika Syarikat ditemui mati di dalam bilik asramanya selepas mengikuti upacara ritual yang tidak berperikemanusiaan dan kejam di sebuah organisasi.

Artikel Berkaitan: Makan Daging Babi Mentah & Hempedu Ular, Wanita Belajar Ilmu Hitam Sebab Nak Balas Dendam– ‘Masa Gugur Nampak Jin Jilat Darah Di Kaki’

Artikel Berkaitan: Julur Kepala Dari Tingkap Bas, Kanak-Kanak 7 tahun Maut Terlanggar Tiang Tepi Jalan

Sertai Ritual

Difahamkan, rakan kepada mangsa telah melancarkan sebuah petisyen yang meminta pihak polis menyiasat sebuah rumah perhimpunan kerana mangsa didakwa telah minum di sana sebelum kematiannya.

Menurut penganjur, mangsa maut sejurus mengikuti proses ikrar yang panjang dan kejam yang dibenarkan oleh organisasi itu. Malah, perhimpunan berkenaan memaksa mangsa dan ramai lagi pengikut lain untuk melakukan pelbagai perkara lain yang jelas tidak boleh dipaksa oleh sesiapa pun.

Kami menuntut perhimpunan tersebut disiasat dan ditutup, malah presiden, ketua ikrar dan orang yang terlibat dalam perhimpunan tersebut disiasat kerana penglibatan mereka yang menyebabkan kematian mangsa.

Bukan itu sahaja, rakannya memaklumkan mangsa merupakan seorang yang mengagumkan dan mampu memberikan kesan yang luar biasa kepada setiap orang yang ada dalam hidupnya. Justeru itu, dia berpendapat mangsa berhak mendapat keadilan.

Sementara itu, petisyen terbabit didakwa telah mencapai 9,700 tandatangan dan persetujuan daripada para pelajar universiti yang mahu kes ini disiasat. Bagaimanapun, pihak polis meminta orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi mengenai punca kematian penuntut itu.

Sumber: Metro UK

SKIP THIS AD ×