berita

Makan Daging Babi Mentah & Hempedu Ular, Wanita Belajar Ilmu Hitam Sebab Nak Balas Dendam– ‘Masa Gugur Nampak Jin Jilat Darah Di Kaki’

August 2nd, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Sejak kebelakangan ini, nama bekas dukun di Indonesia iaitu Ria Puspita Sari menjadi bualan hangat netizen selepas kemunculannya dalam satu program di Youtube Curhat Bang oleh Denny Sumargo. Program berdurasi hampir 1 jam itu memaparkan Ria menceritakan pengalaman silamnya sepanjang menuntut ilmu hitam.

Nekad belajar ilmu hitam nak balas dendam

Ria Puspita Sari dikatakan mula mempelajari ilmu hitam dan berjinak sebagai dukun pada usia remaja iaitu ketika masih bergelar pelajar sekolah menengah. Tujuannya adalah kerana mahu membalas dendam terhadap perbuatan orang-orang yang sering menyakiti dirinya dan keluarga.

Saya dilahirkan dalam keluarga yang susah dan selalu dihina. Masa di sekolah, kebanyakan kawan-kawan semua datang dari keluarga yang kaya. Saya diibaratkan hanya ada otak tapi tiada kuasa untuk memiliki duit.

Selain itu, dia mahu kaum lelaki tunduk kepadanya kerana sebelum ini sahabat baiknya pernah ditinggalkan oleh seorang lelaki ketika hamil luar nikah. Tambah Ria lagi, ada suatu ketika di mana ibunya sendiri pernah disantau oleh seseorang. Bukan itu sahaja, datuknya juga meninggal akibat menjadi mangsa ilmu hitam.

Tidak tahan dengan kehidupannya pada ketika itu, Ria nekad berjumpa dengan seseorang yang bernama ‘Abah’ untuk menuntut ilmu kebal. Meskipun sudah dihalang oleh si bapa, tetapi Ria tetap berdegil mahu mempelajari ilmu hitam.

Saya dah balas dendam dekat individu yang gunakan ilmu hitam pada datuk saya. Dia rasa apa yang datuk saya rasa, yang perempuan tu saya buat dia jadi gila.

Awalnya takut, tapi bila balik rumah dan tengok balik muka keluarga, hati jadi kasihan. Ketika itu masih beragama Islam, tapi aku tak peduli semua tu asalkan aku puas dapat balas balik.

‘Ketika jadi dukun, saya tak boleh hamil’

Bercerita kembali mengenai proses menuntut ilmu tersebut, Ria mendedahkan perlu bertapa selama 41 hari dan melakukan ritual tertentu. Lebih mengejutkan apabila dia perlu memakan daging babi yang mentah, makan hempedu ular yang ditangkap sendiri serta berendam di dalam perigi tanpa makan dan minum. Tambah Ria lagi, terdapat ratusan orang sudah disantau atau derita akibat terkena ilmu hitam menerusi servis sihir yang ditawarkan olehnya.

Ketika jadi dukun, saya tak boleh hamil sebab saya ada jin peliharaaan. Jika hamil, janin itu akan dimakan oleh jin tersebut. Tenaga dan darah menjadi makanan jin. Namun saya pernah mengandung sekali dan pada usia kandungan 6 bulan, tiba-tiba keguguran. Bila lihat kaki, ada jin yang sedang menjilat lelehan cecair di kaki saya.

Namun pada suatu hari, Ria mendakwa didatangi seorang lelaki tua yang mengugut akan menghantarkan kepadanya sihir, jika tidak, Ria perlu bertaubat. Tetapi pada waktu itu, Ria masih berdegil dan yakin dia mampu melawan tetapi sebaliknya yang berlaku apabila Ria dikatakan mengalami demam panas selama tiga hari. Dalam kejadian tersebut, kanak-kanak itu telah ‘datang’ membantunya.

Kemudian, datang pula seorang budak kecil berkata aku ni orang yang baik. Budak itu berpesan mahu bertemu aku di syurga nanti. Ternyata, itu adalah zuriatku yang keguguran masa kandungan 6 bulan dulu.

Tidak terhenti di situ, kehidupan Ria pada ketika itu sangat menderita di mana dia seperti ditusuk dan seolah dirinya dibakar. Melihat keadaan Ria semakin teruk, si bapa sekali lagi meminta Ria untuk kembali ke jalan yang benar. Sehinggalah pada suatu hari, dia terdetik untuk bertaubat selepas bermimpi didatangi oleh seorang laki-laki yang tinggi besar dan bertanya kepadanya dengan kalimat “Man Robbuka”. Selepas mimpi itu, Ria nekad mahu bertaubat dan kembali ke jalan Allah SWT dengan bimbingan si ayah. Sejak tahun 2016, Ria fokus memperbaiki diri dan membantu menyembuhkan orang-orang yang sakit dengan kemampuannya.

Sumber: Youtube Curhat Bang

SKIP THIS AD ×