berita

Ikut Selera Penonton, Awie Terbitkan Filem Seram Komedi Lagi Berjudul ‘Sue-On’

June 25th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Tidak dinafikan nashkah bercorak seram komedi masih lagi menjadi pilihan dan mendapat tempat dihati penonton untuk datang menonton filem di pawagam.

Artikel Berkaitan: Awie Nafi Terima Tawaran Konsert ‘Palsu’ Di Sabah, Scammer Ditahan Polis

Komedi seram

Melihat kepada perkara itu, penyanyi yang juga pemilik syarikat Rumah Produksi Merah, Datuk Awie tidak mahu melepaskan peluang untuk menghasilkan filem terbaharu berjudul Sue-On.

Awie berkata, pemilihan genre seram komedi dibuat memandangkan dirinya kini sudah sinonim dengan genre sedemikian.

Ramai penonton yang kenal saya dengan filem seperti Zombie Kampung Pisang dan Hantu Kak Limah Balik Rumah, malah mereka terima watak yang saya bawakan itu sedangkan sebelum itu saya bukanlah seorang pelakon komedi.

Jadi, saya rasa perlu mengambil peluang ini untuk menghasilkan filem genre sebegini dan akhirnya terhasilnya filem Sue-On.

Mengambil inspirasi daripada sebuah filem seram Jepun, Sue-On dibintangi oleh Awie sendiri dan beberapa pelakon lain seperti Reen Rahim, Ropie, Azlee Senario, Nazia Mustafar, Achey, Shawani dan ramai lagi.

Bercerita lanjut mengenai filem terbaharu terbitannya itu, Awie memberitahu Sue-On adalah sebuah filem yang cukup santai dan sarat dengan elemen-elemen komedi yang menghiburkan.

Dalam pada itu, ujarnya lagi sebagai seorang penerbit, dia pastinya meletakkan harapan agar filem Sue-On ini dapat menambat hati penonton.

Selain saya, mereka yang terlibat dalam filem ini termasuk pengarah, pelakon dan kru juga pasti mahu melihat kejayaan filem ini.

Jika filem Sue-On ini mendapat sambutan yang baik, ia akan memberi peluang kepada saya untuk menerbitkan lebih banyak filem pada masa akan datang.

Inspirasi Mamat Khalid

Sementara itu, Razif Ajiboy Rashid selaku pengarah berkata, dia menjadikan arwah Mamat Khalid sebagai inspirasi untuk dia menghasilkan filem Sue-On ini.

Menganggap Allahyarham sebagai ‘sifu’ dalam bidang pengarahan, tidak dinafikan dia banyak menjadikan filem-filem arahan Mamat Khalid sebagai rujukan.

Saya banyak membesar dengan filem-filem beliau. Malah, saya mengenali dunia filem secara lebih mendalam pun daripada beliau.

Razif berkata, penggambaran filem berkenaan dilakukan pada November hingga Disember 2021 di Taiping, Perak.

Dalam pada itu, Razif juga mengakui dia tidak dapat lari daripada cabaran-cabaran tertentu sepanjang menghasilkan filem Sue-On.

Antaranya, dia perlu memikirkan cara yang terbaik agar filem arahannya itu dihasilkan dengan cerita yang cukup santai dan mampu menghiburkan penonton.

Kalau ditanya tentang cabaran ketika penggambaran, paling utama adalah cuaca memandangkan Taiping adalah kawasan tadahan hujan.

Namun, cabaran sebagai pengarah pula pastinya adalah mahu memastikan filem ini betul- betul dapat menarik penonton ke panggung.

Apa-apapun saya berasa sangat beruntung kerana penerbit sendiri iaitu Datuk Awie banyak memberi tunjuk ajar dan berkongsi ilmu kepada saya.

Menampilkan ramai barisan pelakon-pelakon hebat tanah air, Sue-On akan ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 6 Julai 2023.

SKIP THIS AD ×