Sejak kebelakangan ini, kes penderaan rumah tangga sering kali berlaku. Ada yang disebabkan tekanan hidup dan masalah tertentu yang menjerumus mereka ke kancah penderaan rumah tangga.
Terbaru, menerusi Sinar Harian, seorang lelaki yang merupakan Imam telah dibicara di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka atas pertuduhan menumbuk, mencekik dan memijak isternya sehingga cedera pada Mei tahun lalu.
Tumbuk, cekik dan pijak isteri
Suspek, Muhammad Zaki Kamal mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut di hadapan Majistret, Mohamad Izwan Mohamed Noh. Suspek didakwa sengaja mendatangkan kecederaan ke atas isternya yang berusia 29 tahun. Mangsa telah ditumbuk di muka sebelah kiri, serta dicekik di leher dan badannya turut dipijak. Kejadian berlaku di rumah mereka di Taman Paya Dalam sekitar jam 7.45 malam pada 9 Mei 2019.
Boleh dipenjara dua tahun
Suspek didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan bersama Seksyen 326A kanun yang sama. Jika disabitkan kesalahan, suspek boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda sehingga RM2000 atau kedua-duanya. Timbalan Pendakwa Raya, Raudhah Mazman meletak jaminan RM6000 ke atas suspek, namun supek tidak diwakili peguam merayu untuk jaminan dikurangkan.
Diikat jamin RM1500
Setelah mendengar hujah kedua belah pihak dengan alasan suspek hanya penjawat awam di Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan isteri tidak bekerja, mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM1500. Jumlah ini beserta dengan syarat tambahan iaitu isterinya menjadi penjamin selain menetapkan 4 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Sumber: Sinar Harian