berita

Suami Kerat 10 Bahagian Badan Isteri & Bawa Masuk Dalam Baldi

January 3rd, 2024 | by Alia
Kini Trending

mayat 2323

Gambar sekadar hiasan

Seorang lelaki didakwa membunuh dan mencacatkan mayat isterinya selepas berlaku pertengkaran di antara mereka.

Artikel Berkaitan: Suami Bunuh Isteri Pakai Lesung Batu & Tikam Kepala, Mayat Separuh Bogel Diheret Ke Hutan

Artikel Berkaitan: Wanita Separuh Bogel Jatuh Dari Tingkat 7, Teman Lelaki Didakwa Pegang Kaki Mangsa Dalam Keadaan Terbalik

Suspek serah diri

bunuh potong isteri

Foto: Detik.com

Memetik laporan Detik.com, kejadian tersebut berlaku di rumah suspek dia Kota Malang, Indonesia pada 30 Disember lalu.

Difahamkan mangsa iaitu Ni Made Sutarini, 55, hampir setahun tidak pulang ke rumah kerana berlaku perbalahan di antara dia dan suspek iaitu James Loodewky Tomatala, 61, yang berlaku sebelum ini.

Pembunuhan bermula ketika suspek mendapat maklumat bahawa isterinya berada di daerah yang sama. Suspek kemudian menjemput mangsa dan membawanya pulang ke rumah.

Setibanya di rumah, mereka bertengkar sehingga menyebabkan suspek bertindak di luar jangkaan lalu memukul kepala dan mencekik mangsa sehingga mati.

Suspek kemudian memotong mayat mangsa kepada 10 bahagian lalu dimasukkan ke dalam baldi.

Perbuatan keji tersebut terbongkar setelah suspek menyerah diri dan mengakui perbuatannya kepada pihak polis pada keesokkan hari.

Bagaimanapun, sebelum menyerahkan diri, suspek terlebih dahulu menunjukkan mayat mangsa kepada jirannya yang datang ke rumah selepas dia meminta bantuan untuk mengalihkan almari.

Susulan itu, Unit Siasatan Jenayah Polis Kota Malang bergegas ke tempat kejadian setelah menerima laporan. Selain memindahkan mayat mangsa, pihak polis juga telah mendapatkan sejumlah bukti yang didakwa digunakan suspek untuk melakukan keganasan terhadap mangsa.

Sumber: Detik.com

SKIP THIS AD ×