berita

Impian Ain Edruce Nak Jejak Kaki Ke Disneyland Jadi Kenyataan

January 3rd, 2024 | by Hazirah
Kini Trending

Baru-baru ini, pelakon dan pengacara jelita Ain Edruce memuat naik video dia menjejakkan kaki ke taman tema Disneyland ketika bercuti di Jepun bersama suami dan anaknya.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Anak Ain Edruce Makan Salji Curi Tumpuan, Netizen Seloroh ‘Tambah Coklat Dik, Jadi Ais Kepal’

‘Cita-cita nak pergi Disneyland’

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram, Ain atau nama sebenarnya Nurulain Edruce memuat naik video anaknya, Soraya yang teruja ketika berada di taman tema tersebut.

Pelakon berusia 32 tahun itu turut mendedahkan bahawa Disneyland merupakan salah satu tempat impian yang ingin di jejaki ketika kecil.

Dalam pada itu, Ain juga meluahkan rasa terharu apabila dapat berkunjung ke tempat impiannya bersama suami dan anak tercinta.

Masa kecil cita-cita nak pergi Disneyland.. biasalah, zaman dulu-dulu ada kartun disney. Saya selalu tengok macam mana orang pergi Disneyland.. Akhirnya bila umur saya 32, baru boleh pergi Disneyland.. yang buat saya terharu, saya pergi ke Disneyland dengan Soraya dan Amirul.

Soraya comel guys..Sampai sini je terus nak beli baju princess.. konon-konon dia lah paling princess..sejuk belakang kira haha

Pelakon drama ‘Kekasih Paksa Rela’ turut meningalkan ucapan yang mengharukan buat Soraya serta mengucapkan selamat tahun baru buat  pengikutnya di Instagram.

Kepada Soraya: Mummy dan daddy bekerja keras untuk bawak ke sini.. jadi anak yang solehah okay.  SELAMAT TAHUN BARU SEMUA

Video

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NURULAIN BT EDRUCE (@ainedruce)

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×