Pelakon dan penyampai radio, Imran Aqil memaklumkan bakal menamatkan zaman bujang pada hujung tahun ini.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Imran Aqil & Dahlia Rizal Print Gambar Untuk Borang Nikah? Netizen Dah Bau Nasi Minyak
Artikel Berkaitan: Tewas Main Badminton, Imran Aqil & Tunang Kena Bau Stokin – ‘Ending Dia Tak Boleh Tahan’
Nikah hujung tahun
Ketika ditemui OhBulan!, Imran berkata dia dan tunangnya yang juga pempengaruh media sosial, Dahlia Rizal sudah pun melakukan beberapa persiapan menuju hari bahagia.
Insya-Allah saya akan bernikah pada hujung tahun ini, dalam masa terdekat. Video yang tular saya pergi kedai gambar dengan Dahlia itu, gambar digunakan untuk borang nikah.
Persiapan yang boleh saya kongsikan sudah 70 peratus, tapi baju belum siap lagi.
Imran berkata demikian ketika ditemui pada malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian 35 (ABPBH 35), pada Jumaat lalu.
Dalam pada itu, Imran mendedahkan dia turut berdepan beberapa ujian sepanjang tempoh pertunangan. Antaranya, Dahlia pernah didekati oleh individu daripada golongan berada.
Ada juga dugaan sepanjang tempoh bertunang, tidak dinafikan. Masing-masing ada kelemahan, namun kami cuba untuk terima kekurangan itu.
Dalam masa sama, kami juga ingin perbaiki kekurangan itu agar menjadi yang lebih baik.
Dahlia itu cantik pada pandangan saya, ada seorang individu yang boleh dikatakan kaya cuba untuk mendekati dia. Tapi saya percaya Dahlia dia tahu mana yang terbaik.
Sementara itu, penyampai radio Hot FM itu berkata dia sudah pun bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami.
Saya sentiasa mempersiapkan diri untuk bergelar seorang suami kepada Dahlia. Selagi tak melangkah ke alam perkahwinan dan merasai sendiri pengalaman itu saya tidak boleh komen lanjut.
Terdahulu, Imran dan Dahlia selamat mengikat tali pertunangan pada Ogos tahun lalu.