berita

‘Saya Minta Maaf, Saya Tak Berniat Nak Buat Awak Kecewa..’ – Aliff Aziz

October 13th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Penyanyi Aliff Aziz memohon maaf kepada isterinya, Bella Astillah atas kontroversi yang berlaku disebabkan kenyataan dikeluarkannya semasa sesi temu bual, baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: ‘Kenapa Harus Jaga Hati Pihak Sana? Jaga Hati Isteri Jauh Lebih Penting’ – Bella Astillah

Artikel Berkaitan: ‘Jangan Takut Dengan Penyondol Tapi Takut Dengan Suami Sendiri’ – Netizen Dakwa Bella Astillah Ada ‘Trust Issue’

‘Saya minta maaf’

Menerusi hantaran di Instagram, Aliff atau nama sebenarnya Mohammad Aliff Aziz akui dia langsung tidak berniat untuk mengguriskan perasaan Bella malah tidak sangka kenyataan tersebut membuatkan isterinya itu terasa hati.

Kepada isteri kesayangan, dengan kekecohan yang berlaku beberapa hari ini, saya ingin meminta maaf sekiranya kenyataan saya semasa interview itu membuatkan awak terluka dan sedih. Saya tiada sedikit niat pun untuk buat awak kecewa.

Dalam kesempatan itu, penyanyi dan pelakon kelahiran Singapura ini menyifatkan Bella banyak mengubah dirinya menjadi seorang insan yang lebih baik. Tambah Aliff lagi, meskipun apa yang telah berlaku, dia percaya bahawa Bella masih mencintainya dengan sepenuh hati.

Saya harap kita akan terbuka untuk mempelajari dan mengakui perbuatan kita.

Pelantun lagu Sayang Sayang ini berharap agar Allah SWT memudahkan urusan mereka untuk melalui waktu sulit bersama-sama.

Sumber: Instagram Aliff Aziz

SKIP THIS AD ×