
Pempengaruh Imran Bard berkongsi pengalaman apabila permohonannya untuk menjadi model ditolak oleh lebih sepuluh agensi.
Artikel Berkaitan: Imran Bard Dikecam Netizen, Didakwa Buat Video Normalisasi Budaya Songsang?
Artikel Berkaitan: Imran Bard Mengaku Salah Hasilkan Konten Berunsur LGBT, Kesal Tak Jaga Sensitivi Melayu – ‘Saya Ikut Rujukan Kandungan Barat’
Ditolak agensi model
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Imran atau nama sebenarnya Muhammad Al Imran Badaruddin dilihat sedang bersenam seorang diri.
Menurut Imran, dia tidak berputus asa walaupun impiannya untuk menjadi model belum kesampaian.
Kekal cergas dan bermotivasi, walaupun telah ditolak lebih daripada 10 agensi model.
Sokongan daripada netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberi kata semangat agar pempengaruh berusia 24 tahun itu tidak berputus asa. Selain itu, warganet turut mendoakan agar Imran sentiasa dimurahkan rezeki.
Sumber: TikTok @Anaqkirimanheaven