Pelakon terkenal Datuk Aaron Aziz memaklumkan lantikannya sebagai pengarah pemasaran agensi umrah, Persada Global telah ditamatkan berkuatkuasa pada Selasa.

Artikel Berkaitan: Aaron Aziz Kurang Senang ‘Influencer’ & Artis Buat ‘Content’ Tak Bermanfaat – ‘Jaga Tepi Kain Sendiri Sudahlah’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aaron Aziz Dakwa Jadi Mangsa Penipuan Agensi Umrah RM90,000, Tekanan Darah Tinggi Naik 179

Selesai cara baik

Menerusi perkongsian di Instagram, Persada berkata keputusan itu kerana tidak dapat memenuhi perkara yang dijanjikan kepada Aaron sebelum ini.

Ia mengambil kira penyusunan semula pelan strategik dan hala tuju syarikat akibat keperluan dan situasi semasa landskap industri pelancongan yang pantas berubah menyebabkan segala komitmen yang dijanjikan kepada Aaron tidak dapat ditunaikan.

Bukan pengakhiran

Bagaimanapun, pemilik nama Aaron Mustapha Aziz berkata industri pelancongan umrah mempunyai banyak cabaran dan perkara itu bukanlah pengakhiran untuk dirinya.

Bulan yang penuh barakah marilah kita selesaikan apa saja masalah dengan cara baik.

Buat yang tertanya-tanya industri pelancongan atau umrah memang banyak cabaran dan oleh kerana pihak lain yang tidak pandai mengendalikan busines mereka akan beri kesan kepada orang lain.

Tapi untuk diri saya ini bukan pengakhiran dan saya tidak ingin pun untuk jatuhkan mana-mana pihak saya akan terus belajar dari dugaan ini dan akan kembali kuat.

Pemakluman itu sekaligus menamatkan teka-teki berkaitan dakwaan Aaron berdepan kerugian hampir RM90,000 dengan agensi umrah sebelum ini.

Sebelum ini, tular di media sosial berkaitan pelakon asal Singapura itu meluahkan rasa tidak puas hati terhadap agensi umrah selepas mendakwa telah ditipu.

Sumber: Instagram