Agak sekian lama menyepi, penyanyi Indah Ruhaila tampil dengan buah tangan baharu buat peminat menerusi lagu berjudul ‘Indah’.
Artikel Berkaitan: Saingan Sengit, Vokal Mantap! 4 Rookie Bakal Berentap Di Pentas Akhir Vokal Mania
Artikel Berkaitan: 30 Buah Lagu Bakal Berentap Di SFMM37 Pada Jumaat & Sabtu Ini
‘Indah’
Menurut Indah atau nama lengkapnya, Siti Ruhailah Hussein, 36, idea asal lagu ciptaan Firdaus Rahmat itu datang daripadanya sendiri.
Jalan cerita lagu ini datang dari saya, setelah berbincang dengan komposer Firdaus Rahmat, hasilnya sebuah karya yang lain dari lain dan kedengaran sedikit ‘fresh’ dan lebih kepada ‘feel’ masa kini.
Ia menceritakan tentang kemampuan seorang wanita yang pasti beroleh kebahagiaan jika mereka mencintai diri sendiri dahulu, kiranya seperti ‘self love’, seterusnya perasaan ‘indah’ itu akan datang dengan sendirinya.
Dalam pada itu, Indah turut melahirkan rasa syukur apabila diberi peluang untuk terus berkarya dan menghibur peminatnya.
Alhamdulillah, saya masih lagi giat memperjuangkan bakat yang dikurniakan Tuhan dan masih lagi aktif menerima undangan nyanyian di sana-sini.
Syukur di atas kelahiran single terbaharu ini dan yang pertama seumpamanya di bawah naungan Rocketfuel Entertainment, saya berasa terharu berbaur gembira kerana sudah lama tidak muncul dengan mana-mana lagu baharu.
Secara jujurnya, saya agak memilih dalam penghasilan sesebuah karya kerana hendak pastikan ianya betul-betul bermutu, menepati citarasa saya dan yang paling penting, dapat menarik perhatian halwa telinga peminat dan juga pendengar di luar sana.
Indah nyanyi rap
Lagu ‘Indah’ berjaya dirakamkan dalam masa 2 jam sahaja dan menariknya ada patah di dalamnya yang dinyanyikan secara rap oleh Indah sendiri sekali gus menyuntik elemen kelainan yang dimahukan.
Setelah sekian lama saya tidak hadir dengan mana-mana lagu baharu, saya anggap ini sebagai hadiah melepaskan kerinduan peminat yang sudah lama menunggu, serta jangan lupa menyaksikan MV Indah di YouTube nanti yang berkonsep minimalis dengan elemen yang ‘indah-indah’ sahaja.
Saya berharap supaya Indah dapat diterima oleh semua, terutamanya peminat saya dan pelbagai penggemar muzik tanah air, tidak mengira peringkat umur.
Lagu ‘Indah’ kini sudah mula dilancarkan di semua platform penstriman atas talian seperti Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music.
Manakala muzik video single ini boleh ditonton secara eksklusif hanya di saluran YouTube Rocketfuel Network.