berita

30 Buah Lagu Bakal Berentap Di SFMM37 Pada Jumaat & Sabtu Ini

November 25th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Masa yang dinanti-nantikan akhirnya telah tiba, di mana 30 buah lagu bakal berentap secara langsung di pentas Muzik-Muzik 37 Separuh Akhir (SFMM37). Persaingan 30 buah lagu bagi merebut 12 tempat di pentas Anugerah Juara Lagu 37 (AJL37) bakal bermula hari ini dan esok.

Dihoskan oleh Muaz Mohamed dan Izzue Islam, SFMM37 akan bersiaran secara langsung dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam. Para peminat juga boleh menikmati persembahan SFMM37 menerusi www.tonton.com.my.

Separuh akhir hari pertama

Dalam separuh akhir pertama, sebanyak 18 lagu akan dipertandingkan. Antara lagu yang akan bersaing pada hari ini ialah Sempurna (Imsomniacks), Berani (Dolla), Berakhirlah Pencarianku (Ahmad Syafiq & Wany Kayrie), Esok (Amir Masdi), Tak Sangka (YonnyBoii, Zynakal, Asyraf Nasir), Takluk Cinta (Puteri Khareeza), Anugerah Terindah (Alif Satar, Romeo, Tam Cobain, Efry Arwis), Nang (Iman Troye), Payung Pelangi (Noki & MK), Cukup Derita Itu (Siti Nordiana), Perempuan (Jaclyn Victor), Damba (Khai Bahar), Hitam Saksi Putih (Haqiem Rusli), Satu Malam Di Temasek (Sonaone & Joe Flizzow), Mainan (Naim Daniel), Demi Kamu (Indah Ruhaila), Makuta (Hazama, Kmy Kmo & Luca Sikta) & Kembali Terang (Marsha Milan).

Nantikan juga persembahan istimewa menerusi artis-artis hebat Malaysia seperti Kristal X, Elyana, Ezlynn, Farahdhiya, Ramlah Ram dan Syura di episod pertama separuh akhir Muzik Muzik yang akan membawakan tema genre muzik Rock & Roll dan episod kedua akan bertemakan genre Pop dan Pop Ethnic.

Untuk makluman, Muzik Muzik ialah program variasi yang memaparkan carta mingguan lagu-lagu paling popular di Malaysia. Secara keseluruhan, 30 buah lagu Muzik Muzik 37 bertanding di pusingan separuh akhir. Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, jangan lupa ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia.

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×