Pelakon, Rita Rudaini menuntut bekas suaminya, Aidil Zafuan supaya mengemukakan bukti pembayaran nafkah anak susulan seorang individu mendakwa dia tidak pernah culas menunaikan tanggungjawab tersebut.

Artikel Berkaitan: ‘Culas Bayar Nafkah Sepatutnya Jangan Bagi Nikah Lain Selagi Hutang Belum Selesai’ – Rita Rudaini

Artikel Berkaitan: ‘Anak Menjauh Bukan Kerana Hasutan Tapi Kenangan’ – Rita Rudaini

Tunjuk resit

Menerusi perkongsian di Threads, pemilik nama Rita Rudaini Mohammad Mokhtar, 49, meminta agar bekas suaminya menunjukkan bukti bayaran nafkah RM3,000 sebulan tanpa gagal.

Tolonglah bagi resit bayaran, semua orang nak tengok ni.

Yang berhutang skip bayar tu berapa bulan, tolonglah tunjuk. Netizen perlu tahu.

Dalam pada itu, Rita turut mendakwa jumlah RM3,000 yang diterima itu juga tidak mencukupi bagi menampung keperluan anak-anaknya.

Nafkah RM3,000 itu pun sebab kena gaduh dulu dekat mahkamah. Dengar harga itu, boleh bayar apa ya untuk anak-anak?

Duit tempat perlindungan pun tidak lepas RM3,000 itu. Jom lawan dekat mahkamah, ada berani?

Sebelum ini, mahkamah memerintahkan Aidil membayar RM3,000 sebulan pada Januari 2015, manakala untuk tuntutan mutaah, dia diperintah membayar RM30,000 pada Oktober 2015.

Untuk rekod, Rita dan Aidil berkahwin pada 2008 namun disahkan bercerai pada tahun 2013. Mereka juga dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.

Sumber: Threads