Pelakon Rita Rudaini merupakan antara individu yang lantang menyuarakan mengenai isu pembayaran nafkah terhadap anak-anak.

Artikel Berkaitan: ‘Anak Menjauh Bukan Kerana Hasutan Tapi Kenangan’ – Rita Rudaini

Artikel Berkaitan: ‘Syukur Pada Teknologi, Setidaknya Wajah Anak Masih Boleh Dikenal Dari Jauh’ – Rita Rudaini

Culas nafkah

Menerusi perkongsian di Instagram Story, Rita memuat naik semula artikel berkenaan tindakan sitaan kewangan yang bakal diambil oleh pihak bertanggungjawab terhadap mana-mana bekas suami yang didapati culas membayar nafkah.

Rita atau nama lengkapnya Rita Rudaini Mohammad Mokhtar, 49, menyeru agar pihak Jabatan Agama Islam tidak membenarkan individu berkenaan berkahwin andai mereka belum melunaskan nafkah.

Masalah nafkah ini dari zaman dahulu lagi, sebab itu arwah-arwah semua berani buat sesuka hati.

Culas bayar nafkah sepatutnya pejabat agama jangan bagi nikah lain selagi hutang mereka pada bekas isteri dan anak-anak tidak selesai.

Tambah Rita lagi, langkah itu juga boleh diambil seperti berhutang iaitu nama akan disenaraihitam jika tunggakan belum dibayar.

Buat macam LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri), tak bayar cukai tak boleh melancong ke luar negara.

Tak bayar tak boleh buat pinjaman, gagal bayar hutang..bankrupt!

Kalau tidak sampai kiamat pun tak selesai masalah tanggungjawab ini.

Tanggungjawab bapa

Dalam hantaran yang lain, pelakon filem Mami Jarum itu turut menyenaraikan tanggungjawab seorang bapa terhadap anaknya.

Nafkah anak tetap tanggungjawab bapa, walaupun ibu yang jaga.

Makan, tempat tinggal, pendidikan dan perubatan.

Sumber: Rita Rudaini