
Seorang individu berkongsi kisah tragis seorang wanita yang didakwa menjadi mangsa gangguan seksual semasa menerima rawatan di sebuah pusat rawatan.
Artikel Berkaitan: Guru Agama Didakwa Cabul 50 Pelajar, Buat Aksi Terkutuk Di Sebelah Bilik Isteri – ‘Dia WhatsApp Ajak Teman Tidur’
Artikel Berkaitan: Pendakwah Didakwa Cabul 5 Pelajar Lelaki, Umpan Bawa Sambung Belajar Ke Mesir
Terima rawatan

Menerusi perkongsian di Threads, individu tersebut mendakwa dirinya menyaksikan sendiri wanita berkenaan menjadi mangsa gangguan seksual perawat di pusat rawatan tersebut.
Dakwa individu itu, wanita berkenaan mengunjungi tempat tersebut untuk mendapatkan rawatan alternatif selepas dipercayai menerima gangguan makhluk halus
Aku pernah tengok dengan mata sendiri, rawatan yang kononnya rawatan Islam.
Nak rawat seorang kakak ni yang kena rasuk, dia jilat perut kakak tu. Seram sangat.
Lebih menyedihkan apabila wanita tersebut didakwa tidak sembuh malah meninggal dunia selepas mengalami gangguan itu.
Tambah individu berkenaan, meskipun sudah lebih sedekad kejadian itu berlaku namun kisah wanita tersebut masih kekal di ingatannya.
Dia siap kata, kena teman kakak tu tidur supaya tak diganggu. Kemudian pintu bilik tu terkunci.
Dia dan kakak tu berdua je. Kesian kakak tu sampai meninggal dia kena rasuk.
Sumber: Threads








