Seorang individu tampil mempersoalkan nasib penyanyi dan pelakon Amira Othman yang dilihat sering menjadi sasaran kecaman sedangkan personalitinya yang baik serta sikapnya yang tidak mengganggu mana-mana pihak.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Dikecam Bertubi-Tubi, Fattah Amin & Amira Othman Tegur Haters – ‘Tak Suka Jangan Tengok, Kau Kenapa Nyah?’

Artikel Berkaitan: Hantaran Amira Othman Jadi Sasaran, Netizen Risau Baca Komen Negatif – ‘Banyak Pahala Dia Mengalir’

Kebaikan Amira Othman

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, seorang individu mendedahkan kebaikan pelantun lagu Bila Nak Kahwin itu yang mungkin tidak diketahui umum.

Menurutnya, isteri kepada pelakon Fattah Amin itu sering membawa telekung dan sejadah baharu untuk ditinggalkan di surau atau masjid yang dikunjunginya sebagai menggantikan kelengkapan lama yang sudah uzur.

Entah la, setahu saya Amira Othman sangat baik.

Masih ingat dalam kereta dia ada telekung dengan sejadah yang baru.

Setiap kali pergi surau atau masjid, dia mesti tukarkan dengan yang baru.

Ini amalan dia sebelum dia terkenal.

Bila tengok orang sesenang maki dia, hancur hati aku.

Allah uji sebab sayang

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dilihat berkongsi pengalaman bertemu Amira atau nama penuhnya Nadia Amira Othman yang disifatkan sebagai wanita beradab. Selain itu, warganet turut menganggap kecaman itu sebagai ujian yang menjadikan dirinya muslim yang lebih baik.

Sumber: Threads @azizahabubakarr