Setelah menerima kecaman bertubi-tubi, pasangan selebriti Fattah Amin dan Amira Othman tampil bersuara menangkis tindakan para pengkritik (haters) mereka semasa sesi siaran langsung baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: Hantaran Amira Othman Jadi Sasaran, Netizen Risau Baca Komen Negatif – ‘Banyak Pahala Dia Mengalir’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Amira Othman Dedah Fattah Amin Penyabar & Punya Sikap Melindungi – ‘Tengok Cara Dia Dengan Keluarga’

‘Kenapa stalk kami?’

Pemilik nama Nadia Amira Othman, 33, menegur tindakan haters yang dilihat seolah-olah obses dengan setiap gerak-geriknya.

Amira berkata haters bebas memilih untuk tidak menonton sesi live mereka sekiranya tidak menyukai kandungannya.

Saya ada satu soalan kepada haters ni, dia tak suka tapi masuk dalam siaran langsung (live) kami. Kenapa stalk kami? Kalau tak suka jangan tengok.

Cakap dengan dia ‘kau kenapa nyah’.

Sementara itu, Fattah turut menegaskan sesi live mereka adalah ruang untuk mencari rezeki dan berinteraksi dengan cara yang positif.

Malah kata Fattah, ruang live mereka bukan tempat untuk orang menyebarkan kata-kata negatif.

Tempat asal awak bukan di sini. Tempat awak di tempat lain.

Ruangan sini (live) adalah untuk mencari rezeki dan cakap yang baik-baik.

Kalau rasa nak cakap benda tak baik, tukar kepada benda yang baik atau keluar.

Sebelum ini, pasangan selebriti ini sering menerima kecaman setiap kali mereka mengadakan sesi live untuk menjual produk mereka.

Sumber: Threads