
Seorang wanita yang sebelum ini melemparkan tuduhan tidak berasas terhadap Zaki Yamani tampil memohon maaf secara terbuka kepada penyanyi itu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Zaki Yamani Beli Mikrofon, Netizen Teka Harga Lebih RM40k – ‘Bagusnya, Muda Lagi Dah Tahu Invest Untuk Kerja’
Mohon maaf
Menerusi ciapan di Threads, individu tersebut mengaku khilafnya menaburkan fitnah terhadap Zaki sehingga menjejaskan nama baiknya.
Saya nak minta maaf sangat-sangat dekat Zaki Yamani atas kenyataan saya sebelum ini. Saya sedar apa yang saya cakap itu tak betul (fitnah) dan boleh menjejaskan nama baik dia.
Dalam hantaran sama, individu tersebut berharap Zaki boleh memaafkan perbuatannya dan mengakui kesal dengan apa yang telah berlaku.
Saya mengaku salah dan harap pihak Zaki Yamani boleh maafkan saya. Saya betul-betul kesal dengan tindakan saya.
Terdahulu, Zaki meluahkan rasa kesal dengan dakwaan yang dikeluarkan seorang individu yang mendakwa dia sedang dilamun cinta.
Enggan berdiam diri, Zaki kemudian memberi amaran dan bersedia menghantar surat tuntutan mahkamah sekiranya ada pihak menyebarkan spekulasi tidak benar tentang dirinya.
Sumber: Threads