Seorang individu tampil berkongsi kebaikan yang pernah dilakukan oleh pelakon Sweet Qismina terhadap keluarganya.

Artikel Berkaitan: Sweet Qismina Kongsi Pengalaman Pelakon ‘Stuck’ Imej Kanak-Kanak – ‘Saiz & Wajah Tak Boleh Diubah, Tanpa Peluang Macam Mana Nak Baiki?

Artikel Berkaitan: Sweet Qismina Tak Sangka Menang Pelakon Wanita Terbaik FFM34 – ‘Ini Adalah Trofi & Watak Besar Pertama Untuk Saya’

Bantu arwah bapa

Menerusi perkongsian di Threads, individu berkenaan mendedahkan Sweet memiliki akhlak yang baik terutama ketika menyantuni ibu bapanya semasa aktres itu melakukan penggambaran di kediaman mereka.

Individu tersebut berkongsi tentang perkara itu selepas ibu kepada pelakon Puteri Balqis mendedahkan keperibadian mulia yang dimiliki Sweet.

Dia memang baik dan tutur katanya dengan orang tua sangat baik. Didikan dia dapat memang sempurna.

Dia layan arwah abah saya dan mak sangat baik semasa buat penggambaran dekat rumah kami.

Bukan itu sahaja, bintang utama filem Babah tersebut juga turut menghulurkan bantuan kepada bapa individu berkenaan yang mengalami masalah kesihatan ketika pendamik Covid-19.

Selepas itu PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), arwah abah kena serangan strok, dia jugalah yang bagi sumbangan dekat arwah abah.

Dia memang baik.

Terdahulu, ibu Puteri Balqis iaitu Norashikin Mohd Aziz, memuji tindakan Sweet yang memberi kata-kara semangat kepada anaknya.

Tindakan pemenang Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-34 (FFM34) itu adalah sebagai tanda sokongan terhadap Puteri Balqis yang didakwa pernah dibuli ketika di set penggambaran.

Sumber: Threads