Pelakon, Sweet Qismina berkongsi pernah berdepan detik sukar apabila tidak diberi peluang membawakan watak dewasa kerana masih terikat dengan imej pelakon kanak-kanak.

Artikel Berkaitan: Sweet Qismina Tak Sangka Menang Pelakon Wanita Terbaik FFM34 – ‘Ini Adalah Trofi & Watak Besar Pertama Untuk Saya’

Artikel Berkaitan: Sweet Qismina Tak Sebut Nama Ketika Terima Anugerah, Adam Lee Tak Kecil Hati – ‘Saya Faham, Dia Gementar’

Faham perasaan Mia

Sweet atau nama sebenar Farhanna Qismina Supandi, 29, berharap industri seni dapat memberi peluang kepada pelakon yang masih terperangkap dengan imej kanak-kanak untuk membawakan watak dewasa seiring peningkatan usia mereka.

Menurut Sweet, tanpa pengalaman dan peluang para pelakon sukar untuk mengembangkan potensi mereka sepenuhnya.

Itulah perasaan saya dulu dan saya memerlukan masa bertahun-tahun untuk mendapat kepercayaan orang (sampai sekarang).

Saya harap ramai orang akan cuba terima mereka yang masih tersekat sebagai pelakon kanak-kanak.

Kami tak dapat nak ubah saiz dan wajah muda kanak-kanak kami tapi tanpa pengalaman dan peluang untuk lakonkan pelbagai watak macam mana nak perbaiki?

Pengalaman mematangkan kita kan? Kalau boleh bagi rezeki dekat pelakon-pelakon baru dan bagi mereka belajar dekat set, apa salahnya buat yang sama pada mereka yang dah berlakon sejak muda.

Sweet berkongsi perkara itu selepas melihat luahan pelakon, Mia Sara Nasuha yang meluahkan rasa sedih apabila masih dilabel sebagai pelakon kanak-kanak.

Titip kata-kata semangat

Dalam pada itu, Sweet turut menitipkan kata-kata semangat buat mereka supaya tidak berhenti untuk mencuba menjadi pelakon yang terbaik.

Percaya dan beri peluang. Yang dah berlakon sejak kecil pula mulakan dari kosong. Jadi padi, belajar dan belajar untuk jadi yang terbaik.

Jangan rasa kita dah berlakon dari kecil, kita dah cukup masak. Tidak. Lakonan dewasa tidak sama dengan masa kita kanak-kanak.

Saya pernah melalui semua itu. Tidak senang, sampai sekarang masih kena belajar. Selebihnya serah pada Allah.

Sumber: Instagram