berita

Individu Mengaku Ahli Keluarga Kongsi Keadaan Terkini Azar Azmi – ‘Dia Dah Kahwin & Ada Anak’

January 4th, 2024 | by Shahrin
Kini Trending

Azar Azmi

Nama pelakon Azar Azmi kembali menjadi bualan hangat wargamaya apabila aktres itu didakwa menghilangkan diri secara tiba-tiba daripada radar industri hiburan.

Artikel Berkaitan: Terlalu Rindukan Mak Ayah Yang Dah Tiada, Azar Azmi Kongsi Video Sebak

Artikel Berkaitan: ‘Saya Hargai Usaha Awak’ – Hafreez Adam, Azar Azmi Bercinta Ke?

‘Dah kahwin, ada anak’

Azar Azmi

Segelintir peminat meluahkan rasa hairan dan berteka teki ke mana menghilangnya Azar atau nama lengkapnya Siti Azar Ameerah Azmi.

Bagaimanapaun di sebalik kerisauan orang ramai, muncul seorang individu yang mengaku dirinya merupakan ahli keluarga aktres berkenaan.

Individu tersebut mendakwa, Azar kini sudah mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya dan memiliki cahaya mata.

Dia dah kahwin dan dah ada anak. Saya salah seorang ahli keluarganya.

Pun begitu, usaha OhBulan! untuk menghubungi individu terbabit bagi mendapatkan kepastian tidak berjaya apabila pesanan mesej ringkas (DM) yang dikirim tidak dibalas.

Terdahulu, beberapa peminat memuat naik video Azar di TikTok dan mendoakan kesejahteraan aktres itu walau di mana dia berada.

Warganet menyifatkan kehilangan Azar sebagai misteri selain mereka merinduinya untuk dia muncul di kaca televisyen.

Sementara itu, menerusi tinjauan OhBulan! ke akaun Instagram dan TikTok Azar, kali terakhir dia mengemas kini akaun sosial miliknya pada Mei 2022.

SKIP THIS AD ×