Lembaga Zakat Selangor tampil menafikan dakwaan seorang individu yang mengaku dirinya sebagai penerima bantuan zakat.

Artikel Berkaitan: Siapakah Yang Wajib Bayar Zakat Fitrah Untuk Perempuan Bekerjaya & Belum Berkahwin? Baca Ini…

Bukan penerima zakat

Menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di media sosial, pihak Lembaga Zakat Selangor menjelaskan bahawa hasil semakan mendapati individu berkenaan sebenarnya tidak tersenarai sebagai penerima zakat.

Pihak kami dah semak. Hanya ibu dan adik-adik (yang bersekolah) saja yang menerima zakat. Saudara dalam video tidak terima bantuan zakat seperti yang didakwa.

Usah khuatir, bantuan zakat hanya pada yang benar-benar layak. Sebab itu, prosesnya agak ketat untuk memohon.

Dalam masa sama, pihak Zakat Selangor turut menasihati individu terbabit agar tidak menjadikan isu sensitif sebagai bahan konten untuk meraih perhatian di media sosial.

Kepada saudara, kalau nak cari perhatian atau ‘clout’, tiga benda ini jangan dijadikan topik. Pertama, agama. Kedua, isu kaum dan ketiga adalah institusi Raja-Raja.

Terdahulu, seorang individu mencetuskan kontroversi apabila memuat naik video di platform TikTok dengan mendakwa dirinya merupakan golongan asnaf dan menerima bantuan zakat.

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan wargamaya sebelum pihak Lembaga Zakat Selangor tampil memberikan penjelasan bagi mengelakkan kekeliruan orang ramai.

Sumber: Threads