
Zakat fitrah merupakan salah satu kewajipan bagi umat Islam yang perlu ditunaikan. Ia bukan sekadar tanggungjawab ibadah, tetapi juga simbol keprihatinan sosial sekaligus dapat membantu mereka yang memerlukan.
Artikel Berkaitan: Adakah Bayi Dalam Kandungan Dikenakan Zakat Fitrah? Ini Penjelasan Pusat Pungutan Zakat
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sharifah Shahirah Bawa Odah Tunai Zakat – ‘Walaupun Sikit Awak Bayar Tapi Cakna’
Zakat fitrah

Bagaimanapun, terdapat pelbagai kemusykilan berkenaan pembayaran zakat fitrah dan salah satunya adalah bagi seorang perempuan yang bekerjaya dan belum berkahwin.
Justeru, Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan menerusi laman sesawangnya telah tampil memberikan penjelasan berhubung persoalan tersebut.
Seorang perempuan yang belum berkahwin, jika telah baligh dan berkemampuan, wajib membayar zakat fitrah untuk dirinya sendiri.
Sekiranya zakat fitrah tersebut dibayar oleh bapanya, ia hendaklah dilakukan dengan izin atau persetujuan terlebih dahulu daripada anaknya.
Oleh itu, bagi seorang wanita yang berkemampuan dan mempunyai pendapatan sendiri, bapanya tidak wajib membayar zakat fitrah untuk dirinya.
Seseorang bapa diwajibkan untuk menanggung keluarganya berdasarkan tiga syarat yang utama iaitu: faqir dan kenak-kanak, kanak-kanak dan tidak berkemampuan serta faqir dan gila.
Dalam hal ini Imam Ibn Qasim al-Abbadi berkata: “Tidak wajib bagi seorang bapa untuk membayar zakat fitrah untuk anaknya yang mempunyai makanan asasi yang mencukupi untuk siang hari raya dan malamnya sahaja atau dia mampu untuk mencari sumber pendapatan sendiri walaupun masih kecil kerana situasi itu menyebabkan terputusnya tanggungjawab nafkah bapa terhadap anaknya itu
Jadi, anak-anak yang telah dewasa, berkemampuan dan mempunyai pendapatan sendiri tidak diwajibkan untuk menerima nafkah daripada bapanya, kecuali jika anak tersebut sedang menuntut ilmu dan tidak mempunyai masa untuk bekerja bagi menyara dirinya.
Dalam keadaan itu, wajib bagi bapanya untuk menanggung keperluan anak tersebut.
Sumber: Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan






![[VIDEO] ‘Tak Perlu Terlalu Lama’ – Jaja Ishak Nasihat Noorkhiriah Jangan Larut Dengan Kekecewaan](https://asset.ohbulan.com/2026/08/jaja-ishak-noorkhiriah.jpg)

