Sebelum ini, pembantu peribadi Neelofa giat mencari individu yang bertanggungjawab menyebarkan fitnah terhadap majikannya. Susulan daripada itu, individu tersebut sudah berjaya ditemui dan telah diserahkan kepada peguam bagi tindakan selanjutnya.
Artikel Berkaitan: ‘Dia Bukan Saudara Atau Kawan Saya’ – PA Neelofa Berjaya Kesan Individu Sebar Fitnah Di Whatsapp
Terbaru, individu dikenali sebagai Syamira Safiya yang bertindak menyebarkan fitnah terhadap Neelofa telah tampil membuat permohonan secara terbuka.
Tampil mohon maaf
Saya, Syamira Safiya dengan ini menarik balik kenyataan yang saya buat terhadap Cik Neelofa serta pembantu peribadi beliau di Twitter dan pelbagai platform media sosial pada 26 Disember 2020.
Jelas gadis itu, segala kenyataan yang dikeluarkan olehnya adalah tidak benar dan tidak berasas sama sekali. Jelasnya lagi, dia sama sekali tidak berniat jahat untuk mencemarkan nama baik mana-mana pihak.
Saya juga amat kesal kerana tindakan peribadi ini menimbulkan rasa malu, sedih dan membawa kesusahan kepada mereka.
Susulan daripada itu, dia sekali lagi memohon maaf kepada pihak Neelofa dan akan bertanggungjawab dengan apa yang telah terjadi. Terdahulu, Syamira telah didakwa melemparkan tuduhan-tuduhan tidak berasas di laman sosial sehingga menjejaskan nama baik Neelofa dan PU Riz. Namun, segala tuduhan tersebut telah disangkal oleh Neelofa menerusi satu kenyataan media.
Permohonan maaf secara terbuka
Sumber: Syamira Safiya