berita

Industri Dah Mula Hargai Saya – Keroz Nazri

October 5th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Tercalon dalam kategori ‘Artis Baru Terbaik’ di Anugerah Industri Muzik Ke 19 (AIM 19) membuatkan Keroz Nazri, 27, bekas pemenang naib juara rancangan realiti, ‘Keynote’, terharu dan gembira.

Komposer dan juga penyanyi yang kini sedang popular dengan lagu berjudul ‘Suatu Hari Nanti’ ini meluahkan rasa gembiranya apabila ditemubual oleh OHBULAN!.

“Saya rasa bertuah dan gembira apabila dicalonkan dalam kategori Artis Baru Terbaik,” ujar Keroz memulakan perbualan.

Keroz yang lagunya yang telah digunakan sebagai lagu tema bagi filem ‘Azura 2012’ dan juga drama ‘3 Janji’ turut meluahkan rasa bersyukurnya apabila kini industri sudah mula menghargai karyanya.

“Pertama sekali, lagu ‘Suatu Hari Nanti’ telah dikompos dan dicipta oleh saya sendiri. Dan kini saya rasa industri sudah mula menghargai karya saya,” tambah Keroz lagi.

Dalam pada itu, Keroz tidak menafikan bahawa kumpulan Mojo yang dianggotai oleh Aweera sebagai vokalis mampu memberikan saingan sengit terhadapnya.

“Secara jujur, memang kumpulan Mojo adalah pesaing yang hebat. Namun, saya tak nafikan juga kekuatan lagu-lagu lain yang turut tercalon bersama saya.

“Lagu Mojo juga selalu dimainkan di radio dan itu bonus point bagi mereka,” tambah Keroz lagi.

Keroz kini sedang dalam proses menghasilkan single keduanya yang berjudul ‘Sedia Bercinta Lagi’  dan dijangka akan dilancarkan sekitar tahun hadapan.

Apa pun, mari kita layan lagu Keroz yang berjudul ‘Suatu Hari Nanti’ selepas ini ya.

SKIP THIS AD ×