
Dunia muzik tempatan terus dimeriahkan dengan kemunculan kumpulan gadis baharu, Inferno3, yang tampil menonjol menerusi kebolehan menari serta mutu vokal yang mantap.
Artikel Berkaitan: Boleh Menyanyi Dalam Pelbagai Bahasa, Shiha Zikir Raih Undangan Persembahan Di Acara Korporat
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Ada Yang Nampak Kedai Tutup Walhal Buka’ – Shiha Zikir Percaya Wujudnya Sihir, Tegas Bukan Punca Restoran Tamat Operasi
Dibarisi tiga orang ahli
Kumpulan ini dianggotai oleh tiga ahli muda iaitu Hannis, Hannah dan Eva yang tampil penuh keyakinan serta bersedia mencuri perhatian penonton, khususnya dalam kalangan generasi remaja.
Hannis, 17, meluahkan rasa syukur atas penghargaan dan kepercayaan serta peluang yang diberikan kepada mereka bertiga oleh pihak syarikat rakaman dan pengurusan Shiha Zikir Empire.
Alhamdulillah, saya sangat gembira dan rasa bertuah dapat melancarkan single pertama ini.
Lagu ini bertambah istimewa kerana kami dapat menyanyikannya bersama Kak Shiha, bukan semua orang dapat peluang ini.
Kak Shiha seorang selebriti multi-talented, siapa saja yang tak kenal dia.
Tambah Hannah, 15, berasa amat bertuah kerana Inferno3 mendapat pelbagai tunjuk ajar dan panduan dalam industri muzik.
Betul! Memang Inferno3 bertuah kerana Kak Shiha seorang artis yang berpengalaman dalam industri, banyak tunjuk ajar yang dikongsikan kepada kami.
Sementara itu, Eva, 17, pula menyatakan harapannya agar perjalanan Inferno3 dalam industri muzik tempatan terus berkembang dan mencapai kejayaan yang lebih besar.
Saya rasa sangat teruja, pada masa sama masih gementar sebab Kak Shiha bukan saja menyanyi bersama kami, malah turut menari bersama kami dalam video muzik lagu ‘Money’.
Memang rasa sangat dihargai apabila artis senior sepertinya sudi berkolaborasi dengan kami.
Saya harap dengan peluang yang Kak Shiha beri ini, kami dapat teroka lebih banyak perkara dalam industri seni.
Lagu yang mengangkat realiti kehidupan
Single yang berjudul ‘Money’ merupakan buah tangan kerjasama antara Shiha Zikir Empire dan Sony Music Entertainment Malaysia.
Ketiga-tiga ahli Inferno3 ini berkongsi pandangan yang sama terhadap mesej lagu tersebut, yang mengangkat realiti kehidupan tentang keperluan wang sebagai keperluan asas setiap insan untuk meneruskan kehidupan, tanpa mengira usia.
Sebelum merakam lagu ‘Money’, Shiha mengadakan beberapa sesi latihan intensif bagi memastikan ketiga-tiga ahli kumpulan tersebut benar-benar bersedia.
Sebelum ini kami bertiga biasa menari, nyanyian adalah perkara baru untuk kami.
Jadi, setiap momen latihan hinggalah rakaman, semuanya ada keistimewaan masing-masing.
Sepanjang tempoh mengajar kami, Kak Shiha tak garang pun hanya tegas dan seorang perfectionist terutama berkenaan konsep dan vibe lagu ini.
Kata Hanis, pada pertama kali muzik video ini dirakam, pengalaman tersebut menyeronokkan dan mencabar kerana penggambaran dilakukan di sebuah bangunan terbiar.
Pertama kali rakam muzik video, memang seronok dan mencabar kerana lokasi penggambaran di adakan di sebuah bangunan terbiar.
Kami jaga keselamatan dengan baik, memang ada rasa takut tapi seronok.
Dalam pada itu, Hannah menzahirkan ucapan terima kasih kepada koreografer, Ezra Tham, atas dedikasi beliau dalam mengajar tarian untuk video muzik lagu ‘Money’.
Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada koreografer Ezra Tham kerana mengajar tarian kami dengan penuh dedikasi untuk muzik video lagu ‘Money’.
Kami ambil masa tiga ke empat hari untuk berlatih sebelum penggambaran muzik video.
Cara Abang Ezra ajar pun mudah untuk kami faham, Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.
Bersedia menimba pengalaman dalam tarian
Shiha pula melihat Inferno3 sebagai sebuah kumpulan baharu yang berpotensi besar, memandangkan mereka masih muda dan telah bersedia untuk menimba pengalaman dalam bidang tarian.
Bukan mudah untuk kita ada sebuah kumpulan yang pandai menari dan pada masa sama, boleh menyanyi.
Inferno3 ini, asalnya mereka adalah penari, jadi bab tarian memang tak ada masalah.
Soal nyanyian pula, kami ambil masa beberapa tahun untuk keluarkan single ini sebab saya mahu mereka siap sedia dalam semua aspek.
Saya terima seadanya tahap maksimal yang mereka boleh buat, selebihnya tentang bakat, itu boleh digilap lagi.
Dari segi potensi, mereka sangat beruntung kerana mereka masih muda, masih belasan tahun.
Saya dulu pun mula serius dalam industri pada usia 20-an.
InsyaAllah kalau mereka tak berhenti usaha dan belajar, mereka boleh jadi salah satu kumpulan yang berjaya di Malaysia suatu hari nanti, itu harapan saya.
Fokus Shiha Zikir Empire yang menaungi Inferno3 sekarang ini bukanlah untuk berlawan dengan mana-mana kumpulan lain kerena mereka adalah antara yang termuda.
Kami lebih cenderung untuk menjadikan mereka membentuk pengaruh baik yang tersendiri terutama dalam kalangan remaja.
Bukan apa, setiap daripada anggota Inferno3 ini, walaupun sangat suka menyanyi dan menari, mereka langsung tidak ketepikan soal akademik.
Malah, ibu bapa mereka juga meletakkan syarat, kalau mahu terus aktif dalam bidang hiburan, mereka perlu mendapatkan pencapaian akademik yang baik.
Mereka pandai bahagi masa untuk fokus pada kedua-duanya.
Mungkin ada remaja-remaja lain yang ingin mengembangkan bakat seni, boleh contohi Inferno3, jangan disebabkan masih belajar tapi terbantut keinginan kejar cita- cita, dan jangan sesekali mengurangkan fokus pada pelajaran disebabkan ingin kejar cita-cita.
Shiha mendedahkan bahawa lagu ‘Money’ pada awalnya ditulis untuk dinyanyikan olehnya secara solo, namun dia akhirnya memutuskan untuk memberikan peluang tersebut kepada Inferno3.
Apabila dapat lagu ini daripada Iqie Hugh, tambahan lagu ini digubah oleh Iqie, John Jeeves dan Firdaus Rahmat, saya sangat sukakan sound yang dibuat.
Pada mulanya lagu ini mereka cipta untuk saya seorang, kemudian saya fikir sesuai juga kalau dinyanyikan oleh Inferno3 bersama saya.
Iqie pun seorang yang mudah berbincang, saya minta dia tambah beberapa bahagian seperti dance break untuk lebih memperlihatkan tarian Inferno3.
Mereka sahut cabaran untuk menyanyikan lagu ini dengan baik, maka saya pun hadiahkan lagu ini untuk mereka.
Lagu ini cukup perisa sebagai satu lagu girl group, liriknya pun berkisahkan tentang dunia sekarang yang kita nak buat apa pun, semua perlukan duit.
Pendengar pun boleh rasa bersemangat untuk terus usaha, apabila kita ada duit, kita boleh buat macam-macam.
Harapan saya, semoga peminat muzik di Malaysia meminati tidak hanya menyokong produk K-Pop tetapi turut menyokong muzik M-Pop (Malaysia Pop).
Single ‘Money’ dilancarkan secara rasmi di platform digital pada 9 Januari lalu, manakala video muzik rasminya turut dimuat naik di saluran YouTube Shiha Zikir Empire.