berita

Influencer, Hajar Hanif Cerai Talak Satu Dengan Mikhail Issaq – ‘Doakan Saya Jumpa Jodoh Bertanggungjawab Dalam Semua Segi’

April 1st, 2024 | by Alia
Kini Trending

hajar

Pempengaruh media sosial dan usahawan, Hajar Hanif memaklumkan bahawa dia dan suami Mikhail Issaq sah bercerai talak satu.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Butanya Hati Sampai Sanggup Ambil Harta Isteri Untuk Bagi Kepada Perempuan Lain Demi Nafsu’ – Hajar Hanif

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Influencer’ Dakwa Dicerai Talak Tiga, Lafaz Taklik Jatuh Masa Suami ‘Main Kayu Tiga’? – ‘You Lempang, Cekik Masa I Mengandung’

Selesai tempoh edah

hajar

Menerusi hantaran terbaharu yang dimuat naik di Instagram (IG), Hajar berkongsi tentang perkara tersebut dengan penuh rasa syukur.

Pempengaruh itu juga memaklumkan bahawa dia sudah selesai menjalani tempoh edah selain menganggap perceraian itu merupakan jalan terbaik untuk dirinya.

Assalamualaikum semua,

Alhamdulillah, hari ini saya dengan bekas suami secara rasminya sudah bercerai talak satu dan saya pun dah habis edah.

Alhamdulillah, saya terima keputusan ni dengan berlapang dada. Setiap apa yang Allah beri ni adalah yang terbaik dan saya bahagia dengan hidup saya sekarang.

Dalam pada itu, Hajar memohon kepada pengikutnya di media sosial untuk mendoakannya agar dia dapat bertemu jodoh yang lebih baik pada masa akan datang.

Doakan saya jumpa jodoh yang sangat bertanggungjawab dalam semua segi, setia, jujur, ikhlas sayangkan saya dan anak-anak, cantik akhlak dan agama dan semua ciri yang saya nak.

Hajar juga mengucapkan terima kasih kepada warganet yang banyak menyokongnya ketika dia menghadapi kemelut rumah tangga.

Terima kasih korang sebab menyokong saya selama ini. Korang antara sebab saya kuat tempuh semua ni juga. Love you guys loads.

Sebelum ini, kecoh mengenai isu rumah tangga Hajar yang mendakwa telah dijatuhkan talak tiga selepas bekas suaminya, Mikhail melafazkan taklik terhadapnya pada tahun 2017.

Sumber: IG Hajar Hanif

SKIP THIS AD ×