Personaliti media sosial, Bella Estrelle memohon pertolongan orang ramai untuk tampil memberikan maklumat berhubung kes langgar lari yang melibatkan sepupunya, Muhd Zanzamiel Jelmon.
Kes langgar lari
Menerusi Instagram Stories, Bella menyatakan arwah sepupunya meninggal dunia dipercayai dilanggar lari oleh kenderaan muatan berat kira-kira jam 1 pagi pada hari Jumaat.
Cerita Bella, keadaan mayat ketika dijumpai polis sangat menyayat hati kerana kepala mengalami kecederaan parah dan seakan sedang peluk diri kerana ketakutan.
Arwah kemalangan langgar lari dengan kenderaan berat. Sekitar pukul 1 pagi (Jumaat) di jalan antara Giant dan Tesco Kajang.
Kalau tengok kepala arwah, allahuakbar! Gambar arwah di tempat kejadian yang polis ambik pun, gambar peluk diri macam dalam keadaan takut. Allahu sedih tak terkata Ya Allah.
Arwah baru belajar bawa motosikal dan baru dapat lesen. Tak pandai bawa laju, sangat berhati-hati. Tapi dah ajal kita kena reda.
Kalau ada saksi atau ada orang yang lalu dekat kawasan situ, tolong minta kerjasama bagitahu Bella.
Tak hidup aman!
Dalam pada itu, isteri kepada Alieff Irfan menegaskan sekiranya benar arwah sengaja ditinggalkan di tempat kejadian selepas dilanggar, individu terlibat tidak akan hidup tenang.
Kalau betul orang yang langgar lari itu sengaja tinggalkan arwah di tempat kejadian, awak tak akan aman hidup sampai bila-bila.
Difahamkan, allahyarham sudah selamat dikebumikan pada petang Jumaat.
Sumber: Instagram