
Pempengaruh media sosial dikenali sebagai Hazren Rich tampil memohon maaf susulan tindakkannya merakam seorang wanita yang tidak dikenali ketika melakukan siaran langsung di TikTok, baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: Individu Mohon Maaf Secara Terbuka Kepada Ojen Aiwah & Sally Whoo – ‘Tiada Niat Hasut Warganet Boikot Mereka’
Mengaku salah, mohon maaf
Hazren berkata, perbuatannya itu tanpa sebarang niat untuk memalukan mana-mana pihak dan mengakui kesilapannya berpunca daripada kelalaian sendiri.
Saya ingin memohon seribu kemaafan kepada seluruh rakyat Malaysia yang melihat video saya semasa berada di restoran itu. Saya tiada niat lain, wanita itu datang semasa saya tengah live.
Dalam pada itu, Hazren berkata, dia menerima segala teguran dan nasihat orang ramai atas kesalahannya.
Saya terikut terbaca komen-komen netizen yang minta macam-macam. Jadi ini semua silap saya. Kita manusia tak pernah tak buat silap. Jadi ini adalah kesilapan pertama kali saya.
Selepas ini, siapa nak komen, nak cakap saya bodoh ke apa semua, tak apalah. Terpulang pada anda. Saya pun dah minta maaf kepada semua.
Begitu pun, Hazren bertindak memadam video permohonan maafnya selang beberapa jam selepas dimuat naik di TikTok.
Terdahulu, tindakan Hazren merakam seorang wanita ketika sedang menikmati makanan di sebuah restoran mencetuskan kecaman dan netizen menganggap perbuatannya tidak sopan serta melanggar batas privasi individu lain.
Lebih menimbulkan rasa marah, apabila pempengaruh itu didakwa mengeluarkan perkataan kurang sopan dan berbaur lucah.