berita

Influencer Siram Bayi Dalam Mangkuk Tandas Sampai Mati, Mayat Berbungkus Plastik Dibuang Di Tong Sampah

October 31st, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Baru-baru ini, kecoh di media sosial mengenai kisah seorang pempengaruh dan model di Indonesia yang tergamak membunuh bayi yang baru dilahirkannya.

Pempengaruh bunuh bayi

Tertuduh yang dikenali sebagai Zhafira Devi Liestiatmaja melakukan pembunuhan itu ketika bercuti di Bali bersama temah lelaki baharunya. Ketika percutian itu, perut Zhafira mula memulas dan terpaksa berulang ke tandas beberapa kali. Sehingga pada jam 8 pagi, Zhafira dapat merasakan ada sesuatu (bayi) yang keluar dari farajnya.

Zhafira, 28, yang mahu menyembunyikan kelahirannya itu daripada teman lelakinya nekad mengakhiri riwayat bayinya dengan menutup mangkuk tandas sebelum disiram dengan air. Dengan harapan, bayi terbabit akan ‘lesap’ tetapi cubaanya itu tidak berjaya. Tertuduh kemudian bertindak membungkus bayi terbabit menggunakan plastik sebelum disorok di dalam almari baju.

Buang dalam tong sampah

Semasa berangkat ke lapangan terbang, tertuduh membuang bungkusan tersebut ke dalam tong sampah di kawasan parkir. Meskipun tertuduh sempat menaiki pesawat namun akhirnya terkantoi juga selepas pekerja pembersihan menemui bungkusan berisi mayat itu.

Hasil pemeriksaan kamera litar tertutup (CCTV) berjaya merakam identiti tertuduh. Tertuduh akhirnya berjaya ditahan pada 19 Oktober lalu dan bakal berdepan hukuman penjara selama 9 tahun. Ketika disoal siasat, tertuduh mengaku melakukan perbuatan kejam itu kerana tidak mahu teman lelaki baharunya tahu mengenai kehamilan tersebut.

Tambah Zhafira lagi, dia juga tidak tahu siapakah bapa kandung bayi yang dilahirkannya memandangkan terlalu ramai lelaki yang pernah ditidurinya.

Sumber: Liputan6, Suara.com

SKIP THIS AD ×