Sekadar gambar hiasan
Gara-gara didakwa menjual bahan lucah secara atas talian seorang pempengaruh (influencer) dari Bali telah ditahan oleh pihak polis di apartmentnya di Jalan Taman Pancing, Denpasar, Bali, Jumaat yang lalu.
Aktiviti 9 bulan terbongkar
Sekadar gambar hiasan
Lapor Kompas, suspek telah ditangkap oleh sepasukan polis daripada Unit Siasatan Jenayah dan hasil soal siasat mendapati suspek mengaku sudah sembilan bulan melakukan aktiviti terkutuk tersebut menerusi satu aplikasi atas talian dikenali sebagai Manggo.
Ujar Pegawai Perhubungan Awam Balai Polis Denpasar, Ketut Sukadi, suspek dipercayai menjual bahan lucah tersebut kepada orang ramai secara langsung.
Difahamkan, aktiviti tersebut telah dilakukan olehnya selama sembilan bulan dan mendapat keuntungan sebanyak Rp30 juta (anggaran RM8,797.06) dalam tempoh satu bulan.
Ketika aplikasi Manggo disiarkan secara langsung, dia akan menunjukkan aksi terlampau.
Kini, pihak polis masih menyiasat motif di sebalik suspek bertindak sedemikian rupa.
Sumber: Kompas