berita

Infographic : Top 5 Artis Paling Popular Di Twitter

September 4th, 2013 | by Ai
Kini Trending

Screen Shot 2013-09-04 at 12.33.40 PM

Untuk memegang status sebagai selebriti paling popular, seseorang artis tersebut bukan sekadar perlu mempunyai bakat yang bagus, malah hubungan silaturahim antara sesama peminat juga harus dititikberatkan.

Justeru itu, dengan adanya laman sosial seperti Twitter, Facebook, Instagram serta Keek, ianya dilihat sebagai sebuah medium penting dan mudah untuk mengeratkan lagi hubungan antara peminat dan artis kesayangan mereka.

Berkongsi lebih lanjut mengenai isu tersebut, di sini OHBULAN! senaraikan Top 5 Artis Paling Popular yang mempunyai pengikut terbanyak di laman sosial Twitter :

info_030913-01

Artis popular selalunya terbahagi kepada dua kategori, iaitu popular disebabkan bakat ataupun popular disebabkan kontroversi.

Lazimnya artis yang popular disebabkan kontroversi, namanya tidak akan kekal lama. Ini kerana setelah isu kontroversi tersebut selesai, namanya akan kurang dikenali dan disebut oleh peminat.

Namun begitu, jika seseorang artis tersebut popular disebabkan bakat, namanya akan selalu disebut oleh peminat dan kerjaya seninya juga akan semakin menyerlah.

SKIP THIS AD ×