berita

‘Ingat Menang Tadi, Habuk Pun Tak Ada!’ – Aepul Drama Band Mohon Maaf Persembahan Kontroversi

February 10th, 2020 | by Amat
Isu & Kontroversi

Persembahan lagu Drama yang disampaikan oleh Drama Band di pentas Anugerah Juara Lagu ke-34 telah menerima banyak kecaman dan respon dari penonton.Persembahan itu dikatakan menyindir beberapa individu terkenal di Malaysia yang kisah mereka pernah viral dan menjadi buah mulut netizen.

Bagaimanapun, vokalis Drama Band iaitu Aepul Roza tampil memohon maaf kepada pihak yang tersinggung dengan persembahan itu.

Maafkan kami

Aepul Roza menjelaskan persembahan itu merupakan sebuah jalan cerita kehidupan yang ingin dipamerkan pada malam berprestij.

Maafkan kami atas salah silap kami. Kepada yang tersinggung, ampunkan kami. Hanya jalan cerita kehidupan yang kadangkala warnanya tidak kita gemar.

Pages Drama Band ‘diserang’

Sementara itu, pages Facebook Drama Band turut diserang netizen susulan daripada persembahan berunsurkan sindiran politik itu.

‘Silap strategi la…’

Rata-rata netizen kurang setuju dengan persembahan berunsurkan sindiran dari Drama Band itu. Meskipun, mesej yang hendak diketengahkan menerusi lagu Drama ini mengenai kisah kehidupan di sekeliling kita.

Sumber: Drama Band, Malaysia Kini

SKIP THIS AD ×