berita

‘Ingat Neelofa Kahwin, Rupanya Kakak Naik Pelamin Dulu’ – Netizen

March 19th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Majlis pernikahan bekas isteri kepada pelakon, Sharnaaz Ahmad iaitu Noor Nabila dengan pasangannya iaitu Engku Emran berjaya mencuri perhatian ramai. Majlis yang diadakan secara tertutup itu dihadiri oleh ahli keluarga serta kenalan rapat pasangan tersebut.

Artikel berkaitan: Noor Nabila Kahwin, Sharnaaz Muat Naik Lagu ‘Waiting In Vain’ Di IG

Artikel berkaitan: Noor Nabila, Engku Emran Sah Nikah Pagi Ini

Di Facebook, rata-rata netizen meluahkan rasa ‘terkejut’ sewaktu mendengar perkhabaran gembira mengenai pasangan ini. Pelbagai komen dan ucapan telah diberikan oleh netizen buat Nabila dan Engku Emran.

Semoga berkekalan

Semoga ikatan perkahwinan Nabila dan Engku Emran berkekalan.

Berjaya juga Engku Emran pikat Nabila. Semoga mereka berdua hidup bahagia sentiasa.

Rata-rata netizen memberi ucapan tahniah dan mendoakan agar hubungan pasangan ini berkekalan buat selamanya. Tambah netizen, pasangan ini boleh menjadikan kisah yang lalu sebagai pengalaman hidup lebih-lebih lagi, apabila mereka berdua sudah membina kehidupan sebagai suami isteri sekarang ini.

Neelofa bila lagi, kakak dah dua kali kahwin.

Kami ingat Neelofa naik pelamin, rupanya kakaknya naik dulu.

Di samping itu, netizen turut mempersoal bila pula giliran Neelofa untuk menamatkan zaman bujangnya. Ujar netizen, mereka menyangka Neelofa yang akan berkahwin terlebih dahulu namun, tidak sangka bahawa Nabila yang dahulu naik pelamin. Walau apapun, netizen turut mendoakan yang terbaik buat Neelofa juga.

Sumber: Facebook

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×